Ikuti Kami:

“Lakonan Saya Teruk” – Termasuk ‘D.P.’ & ‘The Penthouse’, Choo Youngwoo Akui Pernah 100 Kali Gagal Uji Bakat Lakonan

“Lakonan Saya Teruk” – Termasuk ‘D.P.’ & ‘The Penthouse’, Choo Youngwoo Akui Pernah 100 Kali Gagal Uji Bakat Lakonan

Bukan senang kan untuk Choo Young-woo berada di mana dia berada sekarang sebagai seorang pelakon.

Baru-baru ini, Choo Young-woo telah tampil dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia sempat membuka cerita tentang kesukaran yang dia lalui ketika awal debut.

Luahnya,

Saya pergi ke setiap uji bakat yang diadakan di Korea dari 2021 hingga 2022 dan saya gagal semuanya. Saya telah mengikuti kira-kira 100 kali uji bakat tetapi gagal, kerana saya sangat terdesak dan gementar.

choo youngwoo

Sambungnya lagi dengan mendedahkan antara drama yang dia gagal melalui uji bakat,

Antara karya yang saya gagal ialah ‘Under the Queen’s Umbrella’, ‘The Penthouse’, ‘D.P.’, ‘Alchemy of Souls’ dan ‘Black Knight’. Pada ketika itu, saya kurang bersedia berbanding sekarang. Kerana lakonan saya sangat teruk, saya sering mendengar komen seperti ‘Awak perlu lebih banyak berlatih’.

Sementara itu, Choo Young-woo akan menemui peminat menerusi drama “Head Over Heels”, mula bersiaran pada 23 Jun nanti.

Usaha tangga kejayaan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...