Ikuti Kami:

“Lakonan Saya Masih Banyak Kekurangan” – Kim Soyeon

“Lakonan Saya Masih Banyak Kekurangan” – Kim Soyeon

Sejak membintangi “The Penthouse”, nama Kim So-yeon disebut sebagai pelakon hebat kerana berjaya membawa watak antagonis dengan baik sekali. Meskipun sudah biasa dengan watak baik dan lembut sebelum ini, namun drama ini membuktikan bahawa pelakon wanita ini sebenarnya mempunyai bakat lakonan yang versatil.

Pun begitu, lain pula pandangan Kim So-yeon. Kongsinya dalam sebuah temu ramah,

Terdapat banyak bahagian lemah dalam lakonan saya. Saya percaya tiada apa yang boleh dilakukan oleh saya melainkan berlatih secara tekun untuk berlakon dengan baik.

Bahkan, wanita itu mengakui bahawa dia berlatih membaca skrip “The Penthouse” lebih daripada 100 kali bagi menjiwai watak Cheon Seo-jin sebaiknya.kim soyeon the penthouseSudah 27 tahun dalam industri, kata Kim So-yeon,

Saya selalu terfikirkan bagaimana perasaan apabila dilahirkan dengan bakat lakonan. Disebabkan saya seorang yang pemalu dengan mental yang lemah, ada ketika saya terbeban dengan lakonan. Ada masa, saya berasa cemburu melihat pelakon muda yang berbakat besar. Banyak lagi kekurangan saya.

Yang pasti, ramai berpuas hati dengan persembahan lakonan yang ditunjukkan oleh Kim So-yeon dalam “The Penthouse” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...