Ikuti Kami:

Lakonan Menjadi! Watak Sampingan ‘Melting Me Softly’ Hiburkan Penonton

Lakonan Menjadi! Watak Sampingan ‘Melting Me Softly’ Hiburkan Penonton

Ada tak sesiapa yang sedang menonton drama “Melting Me Softly” lakonan Ji Changwook dan Won Jinah? Kepada yang tak tahu, drama ini berkisar tentang cerita seorang wanita dan lelaki yang bangun kembali selepas menyertai projek pembekuan manusia 20 tahun kemudian.

Walaupun lakonan kedua-dua teraju utama itu memang menjadi tetapi penonton turut kagum melihat kesemua watak sampingan dalam drama ini yang ‘hidup’ dan pandai membawakan watak masing-masing. Kerana mereka, drama ini menjadi lebih menghiburkan!

1. Rakan sekerja Ma Dongchan

Watak So Hyunki (Im Wonhee) dan Kim Hongseok (Jung Haekyun) memainkan peranan dengan mendiamkan diri tentang projek ‘pembekuan manusia’ semasa kehilangan Ma Dongchan (Ji Changwook) pada tahun 1999. Mereka jadi tak tentu arah dan gelabah apabila Ma Dongchan yang disangkakan hilang tiba-tiba muncul semula!

Disebabkan 20 tahun telah berlalu, rupa So Hyunki yang tua boleh lepas sebagai ayah Ma Dongchan tetapi yang kelakarnya dia masih lagi panggil lelaki itu sebagai “senior”. Penonton lagi ketawa apabila dia menyatakan, “Apabila dilihat secara dekat, awak kelihatan sangat tua. Mesti awak hidup tiada arah tujuan kan?”

watak sampingan melting me softly menjadi

2. Keluarga Ma Dongchan

Bukan hanya rakan sekerja tetapi keluarga Ma Dongchan juga adalah unik. Selepas kembali 20 tahun kemudian, dia telah silap dan menyangka adiknya Ma Dongshik (Kim Wonhae) sebagai ayahnya iaitu Ma Pilgoo, padahal watak itu memang dilakonkan oleh pelakon yang sama!

Watak adik perempuannya iaitu Ma Dongjoo (Jeon Sookyung) dan ibunya yang kini telah berusia iaitu Kim Wonjo (Yoon Sukhwa) menambahkan lagi ‘rempah’ kepada plot drama ini. Tak lupa juga kepada watak anak saudaranya, Ma Seo Yoon (Oh Arin) yang meninggalkan kesan yang mendalam kerana kemahiran berbahasanya.

watak sampingan melting me softly menjadi

watak sampingan melting me softly

3. Bekas teman lelaki Go Miran

Walaupun 20 tahun sudah berlalu, bekas teman lelaki Go Miran (Won Jinah) masih lagi merupakan seorang yang tidak guna, sama sahaja seperti dulu. Kerana Hwang Donghyuk (Shim Hyungtak) pernah curang, wanita itu ingin melupakan segalanya. Semakin terkejut apabila Miran mendapat tahu bahawa bekas teman lelakinya itu telah berkahwin dengan rakan baiknya iaitu Oh Youngsun (Seo Jeongyeon).

watak sampingan melting me softly

Kepada sesiapa yang sukakan drama yang ringan dan komedi romantik, cepat-cepat tonton “Melting Me Softly” ini. Pasti tak menyesal!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...