Ikuti Kami:

“Lakonan Dia Bagus!” – Turut Tayang Badan, Song Hyekyo Bawa Kelainan Dalam ‘The Glory’

“Lakonan Dia Bagus!” – Turut Tayang Badan, Song Hyekyo Bawa Kelainan Dalam ‘The Glory’

Seperti yang dijangka semua, Song Hye-kyo berjaya membawa kelainan dalam karier lakonannya.

Siri 16 episod ini membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang menjadi mangsa buli ketika di sekolah bangkit bagi membalas dendam terhadap pembulinya pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, wanita itu juga mula berkenalan dengan Yeo-jung (Lee Do-hyun) yang menyimpan rahsia gelap di mana lelaki itu berjanji akan membantunya menghukum para pesalah laku itu.

netflix the glory

Bawa kelainan, pelakon wanita tersebut mencabar diri sendiri dengan membawa watak ‘gelap’ di mana dia menjadi mangsa buli semasa di sekolah dan kembali untuk membalas dendam.

Dengan suara yang sinis dan tiada ekspresi wajah, Song Hye-kyo tampil tanpa solekan dan hanya memakai pakaian yang kelam sepertinya melambangkan kekosongan di dalam hatinya.

Bahkan wanita tersebut mencuba sesuatu yang baru apabila membawa babak ‘hangat’ dengan membuka pakaiannya bagi menunjukkan lengan dan bahagian belakang badan yang berparut dek ditekap dengan alat meluruskan rambut dahulu. Meskipun bukan babak seksual, namun situasi menyayat hati itu mampu membuatkan penonton terus ‘tenggelam’ dengan dendam Moon Dong-eun.

netflix the glory

Perubahan ini nyata membawa tuah apabila “The Glory” berjaya menduduki tangga ke-6 dalam ranking Netflix Global kini.

Bagi yang ternanti-nanti, bahagian kedua “The Glory” dengan 8 episod lagi akan ditayangkan pada Mac 2023.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...