Ikuti Kami:

Lakonan Berkarisma Kim Myungmin Dipuji Hebat, Rating ‘Law School’ Terus Meningkat

Lakonan Berkarisma Kim Myungmin Dipuji Hebat, Rating ‘Law School’ Terus Meningkat

Perasan tak yang banyak betul drama hebat sedang ditayangkan kini sampai peminat K-Drama kelam-kabut nak ikuti episod baru setiap daripadanya pada saban minggu?

Antara yang menjadi kegilaan ramai kini ialah “Law School” di mana ianya membawa kisah satu pembunuhan yang berlaku di fakulti undang-undang sebuah universiti terkenal dan profesor serta pelajar jurusan tersebut turut menjadi suspek selain turut berusaha membongkar misteri kejadian itu.

Semakin menyeronokkan, “Law School” menunjukkan peningkatan rating yang banyak semasa tayangan episod terbarunya. Meskipun hanya duduk selesa dalam lingkungan rating 4% ke 5% sebelum ini namun ianya mencatatkan rekod baru ketika tayangan episod ke-12 dengan catatan 6.249%. Wow!

kim myungmin law school

Rata-rata penonton sepertinya terpana melihat persembahan lakonan daripada Kim Myung-min yang membawa watak Profesor Yang Jong-hoon. Karisma yang dipersembahkan oleh pelakon senior itu semasa membentangkan hujahan bagi setiap kes katanya membuatkan penonton meremang dan semakin tenggelam dengan plot mendebarkan dalam “Law School”.

Bagaimana pula dengan korang? Sebab apa korang layan “Law School”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...