Ikuti Kami:

Lakonan Beremosi Kim Seonho Dipuji, Mampu Fokus Meski Set ‘Hometown Cha Cha Cha’ Dikerumuni

Lakonan Beremosi Kim Seonho Dipuji, Mampu Fokus Meski Set ‘Hometown Cha Cha Cha’ Dikerumuni

Umum mengetahui bahawa Kim Seon-ho merupakan seorang yang sangat profesional dan mempunyai bakat lakonan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Mungkin kerana pengalaman yang lama dalam dunia teater, lelaki itu mampu menunjukkan emosi ‘mikro’ dalam ekspresi wajahnya.

Terbaru, dalam “Hometown Cha Cha Cha”, Hong Du-shik yang sentiasa menunjukkan sisi positif mula berubah dek dinding kepada masa silamnya yang kian runtuh sedikit demi sedikit.

Babak terakhir episod 14 melihatkan Lee Seok-hyung yang melempiaskan marah dan menumbuk Hong Du-shik selepas megetahui bahawa lelaki itulah penyebab kepada insiden yang membuat ayahnya lumpuh separuh badan. Walaupun tidak mengatakan apa-apa, namun pendedahan menyakitkan tersebut terpancar pada raut wajah Hong Du-shik sekaligus membuatkan penonton turut sama merasakan kecelaruan hatinya.

kim seonho hometown cha cha cha

Lebih mengagumkan apabila foto ketika babak itu dirakamkan tular di laman komuniti baru-baru ini. Rata-rata komen meluahkan rasa kagum dan mengakui kehebatan Kim Seon-ho kerana mampu melakonkan emosi mengenai situasi itu dengan baik meskipun dikelilingi oleh staf dan penduduk tempatan.

kim seonho hometown cha cha cha

Antara komen penonton:

Respect betul.

 

Hebat betul kerana dapat berlakon dalam situasi begitu.

 

Macam mana boleh berlakon macam itu?

 

Wow!

Macam mana boleh fokus seperti itu? Respect betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...