Ikuti Kami:

Lakonan Antagonis Dibanjiri Pujian, Netizen Mahu Kim Soyeon Menang Anugerah Pelakon Terbaik Bagi 2020

Lakonan Antagonis Dibanjiri Pujian, Netizen Mahu Kim Soyeon Menang Anugerah Pelakon Terbaik Bagi 2020

Walaupun tayang pada hujung tahun 2020, namun “The Penthouse” berjaya membenam rekod banyak drama lain yang ditayangkan pada tahun ini.

Bahkan ramai yang menyebut bahawa kejayaan drama ini separuhnya adalah kerana persembahan hebat Kim So-yeon dengan watak antagonisnya Cheon Seo-jin. Disebabkan oleh ketamakan wanita itu untuk menjadi permaisuri di Hera Palace, dia sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan dan apa sahaja bagi mencapai misi tersebut.

kim soyeon the penthouseLihat sahaja apabila Cheon Seo-jin yang mengelar leher Oh Yoon-hee dan tersenyum sinis apabila melihat darah memenuhi tangannya. Bahkan dia mampu berlakon naif sehingga membuatkan semua orang berpihak padanya dan menunding jari kepada wanita yang tidak bersalah itu.

Semakin membuatkan penonton naik bulu roma apabila melihat Cheon Seo-jin bermain piano selepas meninggalkan ayahnya yang nyawa-nyawa ikan. Bahkan wanita itu mula memenuhkan piano itu dengan darah di tangannya dan kemudiannya menjerit marah. Ekspresi wajahnya yang sekejap menangis, tersenyum sinis dan kecewa membuatkan ramai takut dengan watak Cheon Seo-jin yang sepertinya sukar untuk dikawal.

Disebabkan oleh babak ini, penonton rata-rata meninggalkan komen mengatakan bahawa Kim So-yeon sememangnya layak untuk dianugerahkan ‘Anugerah Pelakon Terbaik’ ketika Anugerah Drama SBS yang bakal berlangsung pada hujung tahun nanti.

Malah ramai yang menyebut bahawa mutu lakonannya adalah sebaris dengan calon anugerah tersebut yang lain seperti Namgoong Min untuk “Hot Stove League” dan Han Seok-kyu dalam “Dr. Romantic 2”.

Serius seram bila tengok panahan mata Cheon Seo-jin kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...