Ikuti Kami:

Lakonan Ahn Jaehyun & Oh Yeonseo Dalam ‘Love With Flaws’ Terima Kecaman Hebat Penonton!

Lakonan Ahn Jaehyun & Oh Yeonseo Dalam ‘Love With Flaws’ Terima Kecaman Hebat Penonton!

Pasti ramai yang sedang seronok mengikuti drama “Love With Flaws” lakonan Ahn Jaehyun, Oh Yeonseo dan Kim Seulgi kan? Dengar cerita rating drama ini boleh tahan tinggi walaupun baru memulakan tayangan untuk beberapa minggu! Hebat!

“Love With Flaws” ialah sebuah drama romantik komedi dan mengisahkan tentang Lee Kangwoo (Ahn Jaehyun) yang sangat narsistik dan obsesinya terhadap wajah bermula selepas cintanya ditolak kerana kehodohannya. Joo Seoyeon (Oh Yeonseo) pula merupakan seorang guru pedidikan jasmani yang bencikan lelaki kacak. Ini disebabkan oleh tiga orang abangnya yang terlalu tampan sehingga sering membawa masalah kepadanya. Dia hanya mahukan seorang lelaki yang normal sebagai pasangan hidupnya. Bersama-sama, mereka cuba melawan persepsi buruk masing-masing bagi mencari cinta sejati.

love with flaws

Walaupun mendapat jumlah penonton yang ramai tetapi sepertinya ramai yang tidak berkenan dengan mutu lakonan yang ditonjolkan oleh para teraju utamanya.

lakonan ahn jaehyun dalam love with flaws terima kritikan

Ahn Jaehyun yang membawa watak Lee Kangwoo adalah antara yang menerima kritikan paling banyak sekali tentang lakonannya.

“Sejujurnya, Ahn Jaehyun perlu belajar lagi mengenai lakonan. Jikalau seorang pelakon mengambil kritikan mengenai lakonan mereka sebagai komen kebencian, maknanya dia tidak akan berubah. Saya harap awak berusaha dengan lebih lagi dan berkembang.”

“Ahn Jaehyun… /mengeluh/… Kenapa dia dipilih sebagai teraju utama? Dengan bakat lakonan yang tidak dapat dihadam.”

“Sangat rugi saya tidak boleh fokus langsung pada Ahn Jaehyun…”

lakonan oh yeonseo dikritik dalam love with flaws

Bukan sahaja Ahn Jaehyun, bahkan Oh Yeonseo yang memainkan watak Jeon Seoyeon juga menerima kritikan pedas daripada penonton disebabkan oleh mutu lakonannya.

“Kedua pelakon utama… lakonan mereka.”

“Lakonan pelakon utama adalah lebih teruk daripada pelakon sampingan.’

“Apakah semua ini. Ini adalah masalah, lakonan teruk dan ia adalah sangat boring. Saya tonton untuk tiga minit dan tukar ke saluran lain.”

“Sejujurnya, adalah susah untuk menontonnya jadi saya tukar ke saluran lain. Lakonan Ahn Jaehyun adalah sama sahaja dan adakah Oh Yeonseo sering berlakon seperti itu?”

Bagi yang sedang menonton “Love With Flaws”, apa pula pendapat anda mengenainya?

Sumber: Ddoboja

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...