Ikuti Kami:

“Lain Rupanya!” – Popular Dek ‘The Glory’ Kini, Penampilan Terbaru Kim Hieora Jadi Bualan

“Lain Rupanya!” – Popular Dek ‘The Glory’ Kini, Penampilan Terbaru Kim Hieora Jadi Bualan

Baru sahaja ditayangkan namun kesemua pelakon “The Glory” berjaya menarik perhatian kesemua penonton K-Drama kini.

Bukan sahaja Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun, namun pelako sampingan lain turut bersinar dengan cerah di dalam siri Netflix itu.

Antara daripada mereka ialah Kim Hieora, pelakon watak Lee Sa-ra iaitu salah seorang pembuli yang mendera emosi Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) semasa di bangku sekolah. Malah persona ‘cool’ yang dibawanya sebagai seorang pelukis popular denga masalah dadah dan seks bebas berjaya menghidupkan lagi drama itu.

kim hieora the glory

Disebabkan kian disebut, ramai yang cuba mencari tahu mengenai identiti sebenar Kim Hieora dan kesemuanya nyata terpempan apabila mereka disajikan dengan imej berbeza di laman Instagram milik pelakon itu.

Berlainan dengan watak Lee Sa-ra yang feminin, Kim Hieora dilihat berimej ranggi kini dengan rambut pendek ‘blonde’ dan solekan tebal.

Komen netizen selepas menonton “The Glory”,

Kemachoan awak membuak-buak.

 

Sangat menarik.

 

Gaya awak sangat gila.

 

Wah, cantiknya!

 

Saya sayang awak.

Untuk pengetahuan, Kim Hieora memulakan karier lakonan dengan muzikal “Killer Jack” pada tahun 2009. Wanita ini juga aktif dalam pelbagai drama popular seperti “Beyond Evil”, “Hospital palylist 2”, “Forecasting Love & Weather”, dan “Extraordinary Attorney Woo”.

Cool kan personalitinya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...