Ikuti Kami:

Lain Daripada Biasa, 3 Bukti Choi Jinhyuk Boleh Bawa Watak Komedi & Seram Dalam ‘Zombie Detective’

Lain Daripada Biasa, 3 Bukti Choi Jinhyuk Boleh Bawa Watak Komedi & Seram Dalam ‘Zombie Detective’

Siapa sangka Choi Jin-hyuk juga boleh memainkan watak komedi dengan baiknya, lihat sahaja respons positif yang diterimanya menerusi drama “Zombie Detective” yang sedang ditayangkan kini.

Dedikasi yang telus untuk babak unik

Choi Jin-hyuk ternyata berjaya menggambarkan perbezaan wataknya yang serius dan juga gelojoh, membuatkan drama itu menjadi unik. Lihat sahaja babak kelakar apabila dia menyiapkan sendiri rap bagi membuktikan bahawa Kim Moo-young sudah berjaya membetulkan pertuturannya yang teruk. Malah dalam babak lain, lelaki ini turut berjoget sakan dengan A.C.E sehingga berjaya membuatkan penonton ketawa bersama. Paling unik apabila babak aksinya berahkhir dengan dia menumbangkan musuh dengan membaling kad perniagaan ke arah mereka.

choi jinhyuk zombie detective

Dalam episod 6, dia berlawan dengan khinzir liar namun kalah dan jatuh berguling ke bawah gaung kerana kotnya yang digigit oleh binatang itu. Meskipun Kim Moo-young nampak berkarisma dengan suara yang rendah dan pandangan yang tajam tapi dia pasti akan senyum sampai ke telinga apabila melihat makanan kegemarannya, perut lembu mentah.

‘Zombi jambu’ yang nampak kacak dalam sut

Menerusi latihan yang intensif, Kim Moo-young berubah daripada penampilan yang bengis dan menakutkan kepada zombi yang nampak seperti manusia. Dilengkapi dengan topi bowler, kot panjang dan krim BB khas untuk warna kulit zombi, memang nampak macam model habis. Dalam episod 5, dia yang bernampilan kemas telah berjalan di jalanan dan ramai yang memandangnya dengan kagum. Terus membuak-buak tahap keyakinan dirinya!

choi jinhyuk zombie detective

Keserasian di antara zombi dan manusia

Choi Jin-hyuk berjaya menonjolkan keserasian menyegarkan dan menyeronokkan dengan Park Ju-hyun yang membawa watak Gong Seon-ji. Walaupun dia tidak suka dengan dirinya yang tegas pada awalnya dan sentiasa mengelak daripada berjumpa, mereka sebenarnya merupakan rakan sekerja yang baik apabila menjalankan siasatan.

choi jinhyuk zombie detective

Seronok betul melihat gelagat Kim Moo-young yang cuba menyembunyikan identiti zombi dengan berlagak ‘semanusia’ habis.

Jangan lupa saksikan “Zombie Detective” di KBS pada setiap Isnin dan Selasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...