Ikuti Kami:

“Lagi Best Dari HYLT & Ice Cream” – Jennie & Jisoo Turut Tulis Lirik, Lagu Baru BLACKPINK ‘Lovesick Girls’ Dipuji

“Lagi Best Dari HYLT & Ice Cream” – Jennie & Jisoo Turut Tulis Lirik, Lagu Baru BLACKPINK ‘Lovesick Girls’ Dipuji

Akhirnya selepas 4 tahun menantikan saat ini, BLACKPINK telah pun meriliskan album penuh pertama sepanjang karier mereka yang diberi nama “The Album”.

Termasuk sekali dengan lagu pra-rilis iaitu “How You Like That” dan “Ice Cream” bersama Selena Gomez, terdapat 6 lagu baru lain yang terkandung dalam album tersebut. Lagu tersebut ialah “Lovesick Girls”, “Pretty Savage”, “Crazy Over You”, “Love To Hate Me”, “You Never Know” dan “Bet You Wanna” yang turut manampilkan penyanyi rap popular US iaitu Cardi B.

Memang dahsyat ya penangan BLACKPINK kerana selepas 53 minit video muzik judul utama album ini diriliskan iaitu “Lovesick Girls”, ia sudah mencatat tontonan sebanyak 10 juta tahu di YouTube! Ianya juga merupakan rekod tertinggi bagi artis wanita K-Pop setakat ini.

Meskipun banyak yang meluahkan respons sedikit negatif ketika lagu “How You Like That” dan “Ice Cream” ketika ia diriliskan sebagai single sebelum ini. Pun begitu ramai yang beri ‘thumbs up’ untuk lagu “Lovesick Girls” dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sesuai dengan rentak dan imej BLACKPINK.

blackpink lovesick girls blackpink lovesick girls blackpink lovesick girls

blackpink lovesick girls

blackpink lovesick girls blackpink lovesick girls

Lebih membanggakan kerana penulisan lirik untuk lagu “Lovesick Girls” juga turut disertai oleh Jennie dan Ji-soo. Berbakat tahu gadis-gadis ini!

Dengan pelbagai genre yang dicuba oleh BLACKPINK dalam “The Album” ini membuktikan bahawa mereka merupakan kumpulan idola yang versatil dan tak terperuk dalam lingkungan stail yang sama sahaja.

Apa tunggu lagi! Jangan lupa dengar album penuh “The Album” dan ulang main sampai bila-bila sebab semua lagunya best sangat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...