Ikuti Kami:

Kwon Nara Terima Tawaran Berlakon Drama Fantasi ‘Bulgasal’ Bersama Lee Jinwook & Lee Joon

Kwon Nara Terima Tawaran Berlakon Drama Fantasi ‘Bulgasal’ Bersama Lee Jinwook & Lee Joon

Khabarnya, Kwon Na-ra mungkin akan menyertai Lee Jin-wook dan Lee Joon dalam drama fantasi “Bulgasal”.

Kalau anda nak tahu, kisah ini berkisarkan dua watak utama. Yang pertama ialah seorang wanita yang sudah beberapa kali dilahirkan semula sepanjang 600 tahun dan dia mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Watak kedua ialah lelaki bernama Dan Hwal yang hidup sebagai bulgasal, satu makhluk mistik yang hidup dengan darah manusia dan sifat tidak bermoral selama 600 tahun. Pernah menjadi manusia namun dia kini bakal hilang secebis kemanusiaan terakhir selepas sekian lama memilikinya. Satu benda yang membuatnya terus kekal hidup adalah keinginan untuk membalas dendam terhadap wanita yang menyebabkan dia hidup seperti ini suatu ketika dahulu.

Agensi pelakon wanita itu turut mengesahkan bahawa dia ada tawaran tersebut dan sedang menelitinya dengan positif. Manakalah Lee Jin-wook dan Lee Joon masih lagi sedang menjalani perbincangan mengenai kemunculan mereka.

tvn bulgasal

Jikalau Kown Na-ra menerima tawaran ini, dia akan melakonkan watak Min Sang-un yang pernah menjadi ‘bulgasal’ namun sudah dilahirkan semula sebagai manusia. Selepas kehilangan ibu dan kembarnya dek pembunuh misteri, dia melarikan diri bersama adiknya, Min Sa-ho dan meneruskan hidup dalam penyembunyain. Walaupun berusaha keras untuk menyorokkan identiti dan namanya, namun kehadiran ‘bulgasal’ menggugat kehidupan rahsianya itu.

Makin berkembang kan karier lakonan Kwon Na-ra?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...