Ikuti Kami:

Kurang Promosi, Peminat Demand Layanan Lebih Baik Buat Album Solo Lisa BLACKPINK

Kurang Promosi, Peminat Demand Layanan Lebih Baik Buat Album Solo Lisa BLACKPINK

Mencapai pelbagai kejayaan dengan album solo “LALISA”, sudah semestinya ramai peminat yang mahu melihat Lisa BLACKPINK mempromosikan lagu solo pertamanya itu dengan banyak.

Walaubagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati apabila YG Entertainment tidak memberikan perhatian yang banyak kepada ahli BLACKPINK itu. Kata peminat, promosi untuk Lisa nampak seperti tidak dipersiapkan langsung.

Tambahan pula, apabila menerusi sebuah perjumpaan peminat, Lisa tidak menjawab soalan peminat mengenai promosi akan datang untuk album ini. Bahkan persembahan pertama lagu tersebut ialah seminggu selepas “LALISA” diriliskan buat umum, walaupun kebiasaannya sebarang lagu baru dibawa ke program muzik beberapa hari sahaja selepas ia diriliskan. Sepertinya, Lisa tidak mempunyai banyak peluang untuk membuat persembahan di pelbagai program muzik nanti.lisa blackpinkCuba mengerahkan tenaga buat undian dan penstriman lagu bagi memastikan gadis itu memenangi trofi di program muzik, walaubagaimanapun hampa kerana lagu ‘LALISA’ hanya mampu menduduki tangga kedua di rancangan “Inkigayo” baru-baru ini.

Oleh kerana berasa kecewa dengan perhatian yang kurang buat debut solo Lisa ini, para peminat (BLINK) telah meng’trend’kan ayat ‘MORE PROMOTIONS FOR LISA’ bagi meluahkan perasaan mereka.

Dalam berita lain, Lisa bakal meriliskan video persembahan rasmi untuk lagu ‘Money’ pada 23 September nanti pada jam 11 a.m. (waktu Malaysia).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...