Ikuti Kami:

Kurang Menjadi, Lakonan Komedi Lee Seojin Dalam ‘Dr Park’s Clinic’ Dikritik?

Kurang Menjadi, Lakonan Komedi Lee Seojin Dalam ‘Dr Park’s Clinic’ Dikritik?

Baru sahaja ditayangkan namun sudah banyak pendapat yang ditaburkan buat drama “Dr Park’s Clinic”.

Drama ini membawa kisah doktor baru dan amatur bernama Doktor Park yang berimpian untuk hidup kaya dan dihormati.

Meskipun awalnya nampak menyeronokkan, tambahan pula apabila Lee Seo-jin yang tampil membawa kelainan dengan mengenakan rambut palsu botak, sepertinya jangkaan yang diletakkan terlalu tinggi.

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh penonton mengeluh mengenai lakonan komikal lelaki itu yang kurang menjadi. Lakonan yang ditonjolkan agak sedikit kaku dan kekok, bahkan ianya nampak kurang jika dibandingkan dengan pelakon lain.

tving dr park's clinic

Walaupun cuba menghidupkan watak itu dengan penampilan berambut botak dan rambut panjang seperti perempuan, tetapi ianya kelihatan tidak stabil termasuklah ekspresi wajah yang melebih dan tona suara tinggi.

Pun begitu, pujian diberikan buat Ra Mi-ran, Cha Chung-hwa, Shin Eun-jung, Kim Kwang-gyu dan Jung Hyung-suk yang berjaya menjayakan elemen komedi di dalam drama ini.

Tak cukup dengan itu, gaya pengarahan seperti temubual bersama watak yang diselitkan di antara babak serta kamera yang bergegar tiba-tiba juga menerima kritikan ramai kerana ianya mengganggu perjalanan cerita.

Apa pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...