Ikuti Kami:

Kupas Isu Sosial Dalam Kewartawanan, Episod Awal ‘Hush’ Raih Rating Baik

Kupas Isu Sosial Dalam Kewartawanan, Episod Awal ‘Hush’ Raih Rating Baik

Antara persona drama Korea yang membuatkan ramai suka menontonnya ialah kerana plot cerita yang kadang-kadang mengupas realiti sesuatu pekerjaan di sana selain isu sosial yang sering dihadapi rakyatnya. Sama juga dengan drama terbaru “Hush” yang baru sahaja ditayangkan di JTBC.

Sinopsis ringkas

Han Joo-hyeok (Hwang Jung-min) ialah seorang wartawan veteran bagi sebuah surat khabar. Walaupun pada awalnya memilih karier itu bagi menegakkan keadilan, namun kini dia tersepit di antara konflik idealistik dan pragmatisme. Malah dia terpaksa melalui pelbagai isu sebagai seorang suami dan ayah.

jtbc hush

Episod awal realistik

[Amaran SPOILER]

“Hush” nyata tidak menghampakan kerana berjaya membawa pelbagai isu yang berlaku dalam dunia kewartawanan dan berita. Lee Ji-soo (Im Yoon-ah) memulakan kerjayanya sebagai intern di sebuah balai berita dek kesungguhannya ketika temuramah kerja. Daripada apa yang ditonjolkan dalam episod awal, sepertinya wanita itu mempunyai kisah hidup yang sedih disebabkan oleh kematian ayahnya. Namun lebih mengejutkan apabila berkemungkinan besar, seniornya iaitu Han Joo-hyeok mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Rating utuh di awal tayangan

Mungkin kerana diterajui oleh pelakon hebat yang lebih sering muncul dalam filem, penonton memberikan perhatian yang banyak kepada “Hush” kerana pelakon Hwang Jung-min. Bukan itu sahaja, Yoon-ah yang popular sebagai ahli Girls’ Generation turut membuktikan bakat lakonannya yang baik sebagai seorang intern wartawan.

jtbc hush

Tak cukup dengan itu, jalan ceritanya yang realistik turut membantu drama ini meraih rating baik untuk tayangan awalnya iaitu 3.4% untuk episod pertama dan 2.6% untuk episod kedua.

Sesiapa yang minat drama yang membangkitkan isu sosial dan semasa, sudah pasti akan jatuh cinta dengan drama “Hush”. Serius!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...