Ikuti Kami:

Kunci Mulut Lepas Terpalit Kontroversi ‘Kawal’ Kim Junghyun, Seo Yeji Padam Kesemua Entri Di IG

Kunci Mulut Lepas Terpalit Kontroversi ‘Kawal’ Kim Junghyun, Seo Yeji Padam Kesemua Entri Di IG

Dunia hiburan Korea hari ini dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon Kim Jung-hyun dan bekas kekasihnya.

Terdahulu, didedahkan bahawa pelakon lelaki itu bukanlah menghadapi masalah kesihatan semasa merakamkan drama “Time” pada tahun 2018. Namun mengalami masalah dek teman wanitanya pada itu yang mengongkong segala pergerakan dan arah tujuan skrip drama tersebut.

kim junghyun dan seo yeji

Mengejutkan apabila Dispatch mendedahkan bahawa teman wanitanya pada ketika itu ialah pelakon Seo Ye-ji sendiri. Daripada perbualan mesej yang dimuat naik oleh sumber media itu, pelakon wanita itu sentiasa meminta Kim Jung-hyun agar menolak babak yang melibatkan sentuhan fizikal dengan pasangan pelakonnya. Malah pelakon lelaki itu dihalang daripada menegur mana-mana staf wanita di set penggambaran.

Berikutan daripada pendedahan tersebut, pelakon Seo Ye-ji dan juga Kim Jung-hyun dilihat lebih senang mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen terhadap berita tersebut.

Bahkan pelakon wanita yang mula popular selepas membintangi drama “It’s Okay To Not Be Okay” itu memilih untuk memadam kesemua entri pada akaun Instagram peribadi miliknya.

instagram seo yeji

Selepas berita itu tersebar, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan perlakuan wanita tersebut yang dianggap mengongkong Kim Jung-hyun pada ketika itu selain mempersoalkan dirinya yang tidak kisah melakukan babak mesra dengan pelakon lelaki lain.

Malah netizen juga mengkritik Kim Jung-hyun yang hanya menurut sahaja permintaan kekasihnya tanpa mengambil kira kesukaran yang dialami oleh rakan pelakonnya pada ketika itu iaitu Seo-hyun (Girls’ Generation) selain penulis skrip dan staf drama “Time” memandangkan mereka terpaksa mengubah skrip atas permintaan pelakon lelaki tersebut.

Macam-macam sungguh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...