Macam tak percaya kan Song Ji-hyo sudah pun berusia 42 tahun sekarang?
Terbaru, produk kecantikan Glutanex telah memuat naik video temu bual baru bersama Song Ji-hyo, yang merupakan duta buat jenama tersebut.
Khususnya dalam video itu, Song Ji-hyo ada berkongsi mengenai produk Glutanex kegemarannya dengan berkata,
Ada banyak sangat produk yang bagus sehingga saya tidak boleh pilih. Tetapi jika saya harus memilih satu, saya akan pilih Aqua Booster. Oleh kerana saya sering memakai solekan untuk masa yang lama kerana kerja saya, kulit saya menjadi letih dan mudah kering. Untuk memulihkan kulit saya, saya mencuci muka saya di rumah dan menggunakan Aqua Booster, yang membekalkan kelembapan pada kulit saya.
Kemudian, pelakon wanita itu turut mendedahkan kepada orang ramai tentang petua untuk kulitnya kelihatan awet muda. Dia berkata awalnya sambil ketawa,
Kulit saya cantik, kan?
Sambungnya lagi,
Adalah penting untuk prep kulit anda dengan baik, tetapi saya juga percaya bahawa ia adalah penting untuk menghalang sinaran UV dari wajah. Oleh itu, Glutanex Sun Stick sangat membantu dalam mengekalkan kulit saya dalam keadaan yang hebat.
Siapa nak kulit cantik macam Song Ji-hyo, boleh lah ikut petua ni!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉