Ikuti Kami:

“Kos Pengeluaran Terbesar..” – YG Kongsi Jisoo Sedang Rakam MV Solo Di Luar Negara Kini

“Kos Pengeluaran Terbesar..” – YG Kongsi Jisoo Sedang Rakam MV Solo Di Luar Negara Kini

Nampaknya, Ji-soo BLACKPINK akan debut sebagai penyanyi solo tak lama lagi!

Terbaru pada 21 Februari, YG Entertainment mengumumkan bahawa Ji-soo sedang menjalani penggambaran untuk muzik video lagu solonya kini,

Muzik video untuk lagu solo Ji-soo sedang menjalani penggambaran di lokasi luar negara dengan kerahsiaan yang ketat. Anda boleh menantikannya kerana kami melaburkan kos pengeluaran terbesar, yang pernah ada antara video BLACKPINK.

Selain itu, agensi turut berkongsi bahawa ahli tertua BLACKPINK itu telah bekerja dengan tekun di belakang tabir. Walaupun sibuk dengan konsert jelajah dunia kini, idola itu tetap mencurahkan usaha yang luar biasa, untuk mempersiapkan album tersebut.

blackpink jisoo

Bukan itu sahaja, YG turut merancang untuk merakam muzik video di lokasi seluruh dunia bagi memaksimumkan daya tarikan Ji-soo, yang akan dilahirkan semula sebagai artis solo menerusi lagu ini.

Sama-sama kita nantikan debut solo Ji-soo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...