Ikuti Kami:

Korea Tourism Organization Dedah Kumpulan K-Pop Mana Paling Popular Berdasarkan Survey

Korea Tourism Organization Dedah Kumpulan K-Pop Mana Paling Popular Berdasarkan Survey

Tidak dapat disangkal bahawa genre K-Pop merupakan antara komoditi utama yang mempopularkan Korea di mata dunia. Bukan sahaja kerana kemajuan teknologi yang pest malahan kemampuan mereka untuk menghasilkan kumpulan muzik yang berbakat turut mendapat pengiktirafan dunia.

Daripada banyak kumpulan idola yang aktif kini, Korea Tourism Organization (KTO) telah merebut peluang ini untuk menjalankan survey mengenai idola K-Pop mana yang paling popular.

Pada 16 Julai, KTO telah mengeluarkan keputusan survey yang dijalankan daripada Ogos ke September 2019 tentang impak Hallyu kepada industri pelancongan. Salah satu daripada soalan yang ditanya ialah tentang kumpulan K-Pop mana yang paling popular.

blue sky bts

Daripada 12,663 responden, 36.1% memilih BTS dan tempat kedua pula jatuh kepada EXO dengan 10.4% undian. Super Junior duduk selesa di tangga ke-3 dengan 8.2% manakala BIG BANG mendapat 5.6% dan Shinhwa pula 3%. Selain daripada itu, idola lain yang turut tersenarai ialah IU (2.7%), Girls’ Generation (2.7%) dan TWICE (2.5%).

exo popular

Daripada survey tersebut juga, purata pelancong yang memilih Korea kerana impak Hallyu berbelanja lebih kurang 1.21 milion won untuk membeli-belah, tempat penginapan, makanan dan minuman serta ‘shopping’ untuk barangan berkaitan Hallyu.

Malah 86.6% daripada responden mengakui bahawa mereka melancong ke Korea kerana pengaruh K-Pop manakala 30.6% daripadanya mengenali K-Pop menerusi laman penstriman YouTube.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...