Ikuti Kami:

Korea Lihat Pengurangan Perkahwinan, K-Drama Kini Fokus Pada Trend Watak Utama ‘Tidak Mahu Berkahwin’

Korea Lihat Pengurangan Perkahwinan, K-Drama Kini Fokus Pada Trend Watak Utama ‘Tidak Mahu Berkahwin’

Nampak gayanya realiti di mana wanita lebih mementingkan kepuasan diri sendiri daripada terikat dengan perkahwinan turut mempengaruhi inti pati drama Korea yang dihasilkan kini. Menurut Jabatan Statistik Kebangsaan Korea, jumlah perkahwinan pada bulan April menurun sebanyak 15,670 (21.8%) berbanding dengan waktu yang sama pada tahun sebelumnya.

Generasi yang digelar sebagai ‘N4’ ini merupakan golongan anak muda yang memilih untuk tidak berkahwin dan sepertinya ‘trend’ ini turut mempengaruhi kandungan yang dikeluarkan oleh stesen penyiaran bagi mematuhi pilihan dan citarasa penonton masa kini.

Contoh yang paling jelas ialah menerusi drama yang baru sahaja menamatkan tayangan iaitu “Oh My Baby” lakonan Jang Na-ra dan Go Joon. Bukan itu sahaja, terdapat dua naskhah baru yang ditayangkan sesuai dengan fenomena ‘tidak mahu berkahwin’ yang sudah dianggap seperti norma baru sekarang ini. Drama tersebut ialah “To All The Guys Who Loved Me” di saluran KBS yang diterajui oleh Hwang Jung-eum dan “Was It Love?” yang menampilkan Song Ji-hyo sebagai heroin di saluran JTBC.

oh my baby

Walaubagaimanapun, rata-rata penonton turut meluahkan rasa kecewa terhadap premis drama yang mengangkat tema ini kerana kesudahannya yang masih lagi konservatif. Meskipun memulakan tayangan dengan penampilan watak wanita yang kuat mengharungi hidup sendirian namun akhirnya tetap kalah dengan kuasa cinta dan mengikut norma sosial standard iaitu dengan berkahwin.

Seperti watak Jang Ha-ri (Jang Na-ra) dalam “Oh My Baby” yang lelah kerana asyik gagal dengan percintaan dan hanya mahukan anak untuk menjadi peneman hidup pada awalnya. Tetapi dikaitkan dengan 3 lelaki sebelum memilih untuk bersama dengan Han Yi-sang (Go Joon) pada akhirnya meskipun mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki anak memandangkan masalah berat yang dihadapi oleh mereka.

Sama juga dengan “To All The Guys Who Loved Me” yang bermula dengan watak Hwang Jung-eum yang nekad tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu menyakitkan hatinya lagi. Namun penonton sudah dapat mengagak bahawa wanita tersebut akan jatuh cinta sama ada pada Hwang Ji-woo (Yoon Hyun-min) atau pun Park Do-gyeom (Seo Ji-hoon) pada episod akhir nanti.

to all the guys who loved me

“Was It Love?” pula menonjolkan watak No Ae-jung (Song Ji-hyo) yang hidup susah selama 14 tahun kerana terpaksa membesarkan anaknya sendiri selain gagal untuk mencapai impiannya sebagai produser filem. Walaubagaimanapun semuanya berubah apabila 4 lelaki yang mempunyai kaitan semasa dia masih muda hadir dan mula menggoncang hidupnya. Jelaslah, bahawa wanita itu akan bersama dengan salah seorang watak lelaki pada akhirnya nanti cuma belum pasti yang mana satu.

Walaupun sudah pun memasuki tahun 2020 dan pelbagai norma sudah pun berubah tetapi drama romantik kekal dengan isi kandungan yang sama dan ‘lama’. Seterusnya kekal dalam kepompong bahawa wanita dan lelaki tidak boleh hidup baik jikalau mereka bersendirian.

was it love?

Menurut sumber daripada syarikat produksi drama, wanita yang berusia 20 ke 40 tahun yang mengikuti drama seperti ini hanya berasa bahagia pada awal episod kerana tema ‘tidak mahu berkahwin’ tetapi mula kecewa apabila naskhah tersebut diakhiri dengan watak utama yang lari daripada niat asal dan berkahwin juga. Justeru mengukuhkan bahawa semua orang hanyalah ‘normal’ apabila mempunyai pasangan dan bukannya hidup sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...