Ikuti Kami:

Korea Jadi Destinasi Percutian Ramai, Ini 5 Restoran Halal Mesra Muslim Korang Kena Pergi!

Korea Jadi Destinasi Percutian Ramai, Ini 5 Restoran Halal Mesra Muslim Korang Kena Pergi!

Korea Selatan tak dinafikan merupakan destinasi percutian pilihan ramai sekarang ni.

Untuk mencipta pengalaman yang lebih menyeronokkan lagi, kali ini, KimchiDaily akan kongsikan antara restoran halal di Korea Selatan yang korang boleh pergi ketika sedang bercuti di sana.

Eid Restaurant

eid restaurant seoul

Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea

Salah satu restoran halal yang sering dikunjungi orang ramai adalah Eid Restaurant, yang terletak berdekatan dengan Masjid Pusat Seoul. Ia juga dikendalikan oleh keluarga Korea-Muslim, yang menyediakan makanan asli Korea seperti bimbimbap, bulgogi dan banyak lagi menu istimewa!

Kampungku

kampungku seoul

Alamat: 1F, 25, Toegye-ro 20-gil, Jung-gu, Seoul

Siapa yang teringin nak makan ayam goreng sedap di Korea, korang wajib lah singgah Restoran Kampungku! Kedai makan ini menyediakan menu asli masakan Korea dan Malaysia, serta dimiliki oleh orang Malaysia sendiri. Selain harga yang berpatutan, restoran ini juga mempunyai ruang solat yang luas untuk orang berehat atau melakukan ibadah.

Chaeum Hanjeongsik

chaeum hanjeongsik

Alamat: B2F, 7 Toegye-ro 18-gil, Jung-gu, Seoul 

Selain menyedakan makanan asli Korea, restoran Chaeum Hanjeongsik ini juga memiliki suasana tradisional Korea yang tenang dan luas, sesuai untuk makan beramai-ramai bersama keluarga atau rakan. Harga juga bermula dari RM80 setiap orang, dengan pelbagai ‘Banchan’ yang disediakan.

HAJJ Korea Halal Food

hajj halal korean

Alamat: South Korea, Seoul, Yongsan-gu, Hannam-dong, Usadan-ro 10-gil, 39 1

Restoran ini menawarkan makanan ruji Korea seperti sup ayam ginseng, nasi bulgogi, kimchi jjigae dan banyak lagi. Selain itu, ia juga terletak tidak jauh dari Masjid Itaewon jadi, kalau lepas solat tu tiba-tiba rasa lapar pula, boleh la terus datang ke sini.

Yang Good BBQ

yang good bbq

Alamat: 15, Nonhyeon-ro 95-gil, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Kalau datang Korea mestilah wajib makan BBQ kan? Haa Yang Good BBQ ini adalah restoran yang menyediakan BBQ dengan menggunakan daging yang telah disahkan halal dan diimport dari Australia. Namun disebabkan restoran ini turut popular dalam kalangan penduduk tempatan, mereka juga menyajikan alkohol. Jadi, korang kena hati-hati tau.

Dah terliur ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...