Ikuti Kami:

Kontroversi Lagi, Pemilik Nombor Telefon Dalam ‘Squid Game’ Stres Dihubungi Siang Malam

Kontroversi Lagi, Pemilik Nombor Telefon Dalam ‘Squid Game’ Stres Dihubungi Siang Malam

Apabila terlalu popular, pasti ada juga kritikan yang mengikutinya. Sama juga dengan “Squid Game” yang menempa populariti di seluruh dunia kini.

Walaupun para pelakon dan kesemua staf pastinya sedang menyambut kemenangan ini, namun ada seorang yang mungkin mengalami kesukaran kerananya.

Siapa yang menonton, pastinya tahu ada nombor telefon yang tertera pada kad nama yang diberikan kepada para peserta permainan survival berkenaan. Mungkin sekadar mahu mencuba, khabarnya ramai yang telah menghubungi nombor berkenaan.

Walaubagaimanapun, pihak produksi melakukan kesilapan dengan membuang 3 nombor di hadapan dan bukannya di tengah mahupun belakang. Bagi nombor telefon di Korea, tiga digit di depan menandakan kod kawsan bagi bandar dan yang paling biasa didengari ialah 010 untuk Seoul. Pun begitu, sekiranya 8 nombor belakang yang diberikan, anda masih boleh menghubungi nombor berkenaan sekiranya berada di kawasan yang betul.kontroversi squid gameMenurut pemilik sebenar nombor berkenaan, dia kini diganggu oleh penonton drama berkenaann sejak ia mula ditayangkan. Bahkan ianya berterusan sepanjang hari sehingga ia mengganggu perjalanan kehidupan sehariannya.

Ini ialah nombor yang saya gunakan sejak 10 tahun lalu, jadi ia agak mengejutkan. Terdapat 4,000 nombor yang saya padam daripada log panggilan malah mereka menghubungi tanpa kesedaran siang dan malam kerana berasa ingin tahu, bateri telefon saya juga berkurang dengan cepat dan terpadam. Pada awalnya saya tidak tahu mengapa namun rakan saya memberitahu bahawa nombor tersebut muncul dalam ‘Squid Game’.

Malah individu berkenaan turut berkongsi mesej yang ditinggalkan oleh salah seorang penonton yang menghubunginya,

Terdapat drama hot baru-baru ini bertajuk ‘Squid Game’ daripada Netflix dan di dalam kad jemputan itu ada tertera nombor telefon ini. Disebabkan hanya 8 digit, saya tak rasa ianya wujud jadi saya cuba menghubungi tapi panggilan tersebut dapat disambung. Saya sangkakan pihak produksi akan mengambil langkah berjaga-jaga. Saya minta maaf, nombor itu muncul pada episod 1 dan 2. Awak boleh sahkannya pada minit 23:44 dalam episod pertama. Sekali lagi, saya mohon maaf kerana menghubungi awak pada waktu sebegini.

kontroversi squid gameMenurut undang-undang, dilarang untuk mendedahkan informasi peribadi orang lain seperti nombor telefon. Malah menurut seorang peguam, agak sukar untuk menentukannya kerana ada sebahagian yang melanggar tatacara. Bahkan pihak produksi boleh disaman mahupun dipenjarakan.

Buat masa ini, pihak produksi Siren Pictures dan Netflix masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hal ini. Namun katanya, wakil laman penstriman itu sedang mengambil kira semua perkara dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik.

Kesian juga dengan individu itu kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...