Ikuti Kami:

Kontroversi Kritik Kumpulan K-Pop Lain Seperti SHINee & Red Velvet, Hongbin Umum Keluar Daripada VIXX

Kontroversi Kritik Kumpulan K-Pop Lain Seperti SHINee & Red Velvet, Hongbin Umum Keluar Daripada VIXX

Bagi siapa yang tidak mengetahui, ahli kumpulan VIXX iaitu Hong-bin telah mengutarakan pendapat yang berbaur kritikan terhadap beberapa kumpulan idola lain seperti Red Velvet, EXO, SHINee dan Infinite pada Februari lepas menerusi siaran langsung aplikasi Twitch.

Selepas memohon maaf dan mendiamkan diri, akhirnya syarikat naungannya iaitu Jellyfish Entertainment mengumumkan bahawa lelaki itu kini sudah tidak akan aktif lagi bersama VIXX dan mereka akan meneruskan aktiviti dengan 5 orang ahli sahaja.

Ini adalah Jellyfish. Kami akan berkongsi kenyataan rasmi mengenai ahli VIXX iaitu Hong-bin. Pertama sekali, kami menghargai peminat yang menyayangi VIXX dengan banyaknya tapi kami ingin menyampaikan satu berita yang sedih.

Pada 7 Ogos, Hong-bin telah menyampaikan hasratnya untuk mengundurkan diri daripada VIXX. Selepas melalui perbincangan bersama ahli VIXX dan Hong-bin sendiri, kami menghormati keputusannya dan mencapai kata sepakat bahawa dia akan meninggalkan kumpulan ini.

VIXX akan teruskan promosi dengan 5 orang ahli pada masa hadapan. Kami memohon maaf kepada peminat kerana dikejutkan dengan berita yang tiba-tiba ini. Kami berharap agar anda terus menyayangi dan menyokong ahli VIXX pada masa hadapan. Terima kasih.

vixx

Dari kiri: Ravi, Leo, Hong-bin, N, Ken, Hyuk

Tak lama selepas berita itu didedahkan kepada peminat, Hong-bin telah melakukan siaran langsung menerusi saluran rasminya di aplikasi Twitch.

Pertama sekali, kontrak saya sudah pun dibatalkan dan saya tidak lagi berada di bawah Jellyfish. Saya tidak boleh berkongsi lebih daripada ini.

Saya memohon maaf kepada peminat saya dan juga VIXX. Saya sudah tinggalkan syarikat dan kini saya perlu mencari jalan saya sendiri.

Meskipun mengatakan dia akan berkongsi hal yang lebih lanjut nanti namun dia memohon maaf kerana tidak dapat berkata apa-apa kini.

Saya minta maaf. Saya sepatutnya melakukan lebih banyak perkara sebagai balasan untuk peminat tapi saya mempunyai banyak kekurangan. Apa yang saya boleh cakap hanyalah permohonan maaf.

Sebenarnya peminat VIXX sudah berasa pelik apabila mereka perasan akaun Hong-bin di laman peminat rasmi VIXX sudah lagi dapat diakses. Disebabkan itu lelaki tersebut tidak dapat mengumumkan berita ini di menerusi medium tersebut.

Satu perkara yang saya mahu sampaikan ialah perkataan maaf kepada peminat asal saya, juga peminat saya semasa aktif dengan VIXX, kerana benar perkara ini berlaku atas kesalahan saya. Jadi, saya minta maaf. Tetapi, saya tak rasa ia adalah baik untuk saya memuat naik entri berkenaan hal ini di laman peminat dan cakap, ‘Perkara ini telah terjadi, kontrak saya ditamatkan sebab alasan ini.’ Saya tak mahu rosakkan laman tersebut dengan entri sedemikian.

hongbin keluar vixx

Mengakhiri siaran langsungnya, Hong-bin menjelaskan bahawa dia akan terus melakukan siaran peribadi di Twitch seperti biasa.

Semoga Hong-bin dan VIXX membuka lembaran hidup yang baru. Harap juga Starlight (nama peminat VIXX) dapat melalui masa yang sukar ini dengan tabah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...