Ikuti Kami:

Konon Untuk Kawan, Butiran Passport Sehun & Chanyeol EXO Didedahkan Oleh Staf Lapangan Terbang Vietnam!

Konon Untuk Kawan, Butiran Passport Sehun & Chanyeol EXO Didedahkan Oleh Staf Lapangan Terbang Vietnam!

Apabila minat artis K-Pop, sudah pastinya teringin nak lihat mereka secara berhadapan kan? Tambahan pula anda merupakan seorang peminat daripada luar Korea, confirm bertambah teruja sekiranya idola kegemaran anda datang untuk membuat konsert di negara anda! Tetapi kalau terlampau excited pun boleh mengundang bahaya dan masalah. Sama seperti apa yang terjadi kepada dua ahli kumpulan EXO iaitu Sehun dan Chanyeol (EXO-SC)yang telah terbang ke Hanoi, Vietnam untuk menyertai “2020 K-Pop Super Concert” baru-baru ini.

exo-sc

Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Vietnam, ramai peminat EXO di sana ternyata gembira dengan lawatan mereka tersebut lantas telah beramai-ramai memenuhi Lapangan Terbang Antarabangsa No Bai bagi menyambut kedatangan idola popular tersebut. Tetapi keadaan menjadi huru-hara kerana para peminat itu telah mengerumuni kedua-dua Sehun dan Chanyeol sehingga menyebabkan mereka ditolak ke sana dan sini bagi meloloskan diri daripada ‘serangan’ peminat tersebut. Bukan sahaja mereka, bahkan kakitangan lain turut menerima nasib yang sama!

 

Ingatkan ‘bala’ sampai di situ sahaja, rupanya ada seorang kakitangan lapangan terbang itu yang tidak bertanggungjawab dan telah berkongsi butiran peribadi kedua ahli kumpulan EXO tersebut di seluruh pelosok media sosial. Tiada etika langsung!

Rata-rata peminat EXO iaitu EXO-Ls meluahkan rasa kesal dengan tindakan peminat daripada Vietnam yang ‘menyerang’ idola tersebut sehingga menyusahkan mereka. Bahkan para peminat lain turut meminta kakitangan yang menyebarkan informasi Sehun dan Chanyeol itu supaya dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar tatasusilanya sebagai seorang pekerja. Hal ini kerana segala butiran peribadi selebriti itu seperti nombor identiti dan nombor pssport mereka kini sudah terdedah ke pengetahuan umum dan boleh menyusahkan mereka pada masa akan datang.

sehun dan chanyeol exo

Kakitangan tersebut yang dikecam oleh orang ramai telah tampil dan memuat naik sebuah entri mengenai hal tersebut di laman Facebooknya. Menurutnya, dia hanya menghantar beberapa gambar butiran passport Sehun dan Chanyeol untuk tatapan rakan baiknya, Tetapi tidak menyangka perkara itu akan tersebar ke seluruh media sosial. Kakitangan wanita ini sudah pun menyahaktifkan akaun Facebooknya selepas menerima kecaman habat daripada peminat EXO.

Sebagai seorang selebriti, butiran peribadi sedemikian adalah sangat penting disimpan sebagai rahsia. Ini kerana data tersebut boleh disalah guna oleh peminat obsesif mahu pun pihak lain yang cuba mengambil kesempatan dengan pendedahan tersebut. Diharapkan kakitangan tidak bertanggungjawab itu bakal menerima hukuman disiplin yang bersesuaian kerana tindakannya yang menyalahi undang-undang itu.

Sumber: Soompi, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...