Khabarnya mengalami kesusahan selepas hilang sumber pendapatan dek kes memandu dalam keadaan mabuk, mungkin ada cerita lain disebalik kehidupan Kim Sae-ron kini.
Terbaru, Dispatch telah meriliskan beberapa kepong foto Kim Sae-ron bermain Texas Hold’em Poker di meja perjudian. Hal ini menjadi bualan ramai memandangkan pelakon itu didakwa berlakon bekerja separuh masa di kafe walaupun dinafikan oleh pemilik premis berkenaan.
Kongsi pemberi maklumat ‘A’,
Kim Sae-ron melepak bersama rakan lelaki dan bermain dengan gembira sambil berpakaian kasual.
Mengenai pub perjudian itu, kata pemberi maklumat itu,
Ianya bukan tempat berjudi yang haram. Tempat ini mengcaj cip dengan aplikasi pembelian tiket permainan. Cip biasanya digunakan untuk membeli makanan dan alkohol tapi ianya tak boleh ditukar kepada wang.
Menurutnya lagi, Kim Sae-ron dikatakan menggunakan cipnya lebih dari sekali, memesan bir dan bermain selama 3 jam lamanya.
Mendengarkan pendedahan ini, rata-rata netizen memerli Kim Sae-ron yang merayu untuk mengurangkan hukuman kerana mempunyai masalah kewangan kini. Malah ramai yang sebal kerana wanita itu sepertinya masih tidak mempelajari daripada kesalahan dahulu dan berterusan mengambil alkohol walaupun minuman itu yang merosakkan kariernya.
Dalam pada itu, perbicaraan hukuman Kim Sae-ron akan berlangsung pada 5 April ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉