Sedar tak sedar, sudah hampir 2 minggu peminat Malaysia dapat bertentang muka dengan pelakon kegemaran Korea iaitu Park Seo-jun.
Diangkat sebagai sahabat MILO®, jenama minuman bertenaga yang popular dalam kalangan orang tempatan berjaya membuat kejutan dengan menampilkan lelaki itu secara khas di Sunway Pyramid Mall pada 25 Februari lalu.
Dengan sorakan peminat daripada bawah hingga ke tingkat teratas pusat beli belah itu, Park Seo-jun nyata terkejut dengan sokongan ramai.
Malah dia turut sempat berkongsi cara istimewa dia membancuh MILO® di mana dia mencampurkan serbuk itu dengan air panas sebelum mengacaunya mengikut arah jam dan juga melawan arah jam. Wow!
Bukan itu sahaja, para peminat Park Seo-jun dan pencinta MILO® turut sempat berkongsi varian stik pek mana yang menjadi pilihan mereka.
Kalau anda nak tahu, MILO® mempunyai rangkaian yang pelbagai iaitu MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Less Sugar dan juga MILO® HI-FIBRE. Jadi sesuai dengan pelbagai kemahun pelanggan!
Jadi apa tunggu lagi, kekal bertenaga dan JOM MINUM MILO!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉