Ikuti Kami:

Kongsi Malaysia Juga Ada ‘Sandbox’, Khairy Jamaluddin Tak Segan Akui Beliau #TeamHanJipyeong

Kongsi Malaysia Juga Ada ‘Sandbox’, Khairy Jamaluddin Tak Segan Akui Beliau #TeamHanJipyeong

Demam “Start-Up” masih lagi terasa walaupun drama lakonan Nam Joo-hyuk, Suzy, Kim Seon-ho dan Kang Han-na itu sudah pun menamatkan siaran baru-baru ini.

Meskipun ada yang macam puas hati dan tak puas hati dengan endingnya, namun drama itu ternyata menjadi antara naskhah Korea popular untuk tahun 2020 ini. Setuju tak?

Ingat kan peminat K-Drama sahaja terkesan dengan kisah Han Ji-pyung (Kim Seon-ho) dalam ini, rupanya ada lagi seorang orang berpengaruh lain yang tidak segan untuk mengakui bahawa dia merupakan #TeamHanJipyung.

kim seonho start-up

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin atau pun lebih mesra dengan panggilan KJ telah pun memuat naik beberapa ciapan mengenai kewujudan ‘Sandbox’ di Malaysia dan mereka bakal melancarkan lapangan ujian Drone dan Robotik selepas FELDA.

kj start-up

KJ juga tak melepaskan peluang untuk menyeru peminat “Start-Up” mengenai ‘Sandbox Malaysia’ selain mengakui bahawa dia sebenarnya perpihak kepada kemenangan Han Ji-pyung. Wow!

kj start-up kj start-up

Nampak tak penangan Kim Seon-ho sebagai pelabur berjaya dalam “Start-Up”, sampaikan KJ pun kenal tahu!

Apa pun, hal ini membuktikan bahawa drama “Start-Up” telah pun mencipta fenomena di Malaysia. Betuk tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...