Ikuti Kami:

Kongsi Ciri Wanita Idaman, Park Eunseok Pilih Seorang Daripada 3 Watak Wanita Utama ‘The Penthouse’

Kongsi Ciri Wanita Idaman, Park Eunseok Pilih Seorang Daripada 3 Watak Wanita Utama ‘The Penthouse’

Sejak “The Penthouse” mula ditayangkan, makin ramai yang mula jatuh cinta dengan pelakon Park Eun-seok dek lakonan hebatnya sebagai Logan Lee.

Terbaru, lelaki itu telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “My Ugly Duckling” untuk mempromosikan musim kedua drama popular itu.

Semasa sedang berbual, pengacara rancangan itu menanyakan soalan cepumas dan meminta Park Eun-seok memilih wanita idealnya di antara tiga watak wanita utama di dalam “The Penthouse” iaitu Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah), Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) dan Oh Yoon-hee (Eugene).

Selepas berfikir untuk beberapa ketika, lelaki itu menyebut nama Oh Yoon-hee. Jelasnya,

Dia merupakan seorang yang sangat ‘tough’ dan tahu macam mana nak menjalani liku-liku kehidupan.

wanita idaman park eunseok

Tak cukup dengan itu, Park Eun-seok turut ditanyakan soalan mengenai persona wanita yang mampu membuatkan hatinya berdegup kencang. Jawab lelaki itu,

Apabila matanya bersinar ketika bercakap mengenai impiannya. Awak tahu, apabila ekspresi muka seseorang berputik seperti bunga ketika menceritakan mengenai kerja yang disukai mereka? Saya suka apabila melihat persona sebegitu.

Hati saya akan berdegup apabila melihat reaksi jujur seorang wanita apabila minum sesetengah air minuman.

Adakah anda sesuai dengan ciri wanita idaman Park Eun-seok?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...