Ikuti Kami:

Konflik ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Buat Penonton Menangis, Lakonan Hiba Kim Soohyun Terima Pujian

Konflik ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Buat Penonton Menangis, Lakonan Hiba Kim Soohyun Terima Pujian

Semakin maju ke hadapan, semakin berat kisah yang disampaikan dalam “It’s Okay To Not Be Okay”. Meskipun penonton sudah tahu bahawa drama ini sarat dengan tema yang menyentuh perasaan tetapi siapa sangka babak konflik di antara watak Gang-tae (Kim Soo-hyun) dan Sang-tae (Oh Jung-se) berjaya membuatkan penonton menangis hiba.

Kisah bermula apabila Sang-tae yang berada di hospital untuk menghabiskan lukisan muralnya mula meragui Gang-tae apabila mengetahui hubungan rapat di antara adiknya itu dengan Ko Mun-yeong (Seo Ye-ji). Walaupun Gang-tae berterusan mengatakan bahawa dia lebih menyayangi abangnya namun lelaki itu tidak percaya dan mula meraung sehingga menarik perhatian seluruh warga institusi tersebut.

lakonan kim soohyun terima pujian

Bahkan siapa sangka kisah silam di mana Gang-tae yang sepertinya membenci abangnya suatu ketika dahulu dan pernah hampir membiarkan dia lemas masih lagi segar dalam ingatan Sang-tae. Tapi tiada siapa tahu, bahawa adiknya itu sudah berbelas tahun menanam rasa bersalah mengenai insiden tersebut dan nekad memberikan seluruh dirinya bagi menjaga abangnya yang istimewa itu.

Penonton tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu apabila melihatkan Gang-tae yang jatuh terduduk apabila mengetahui Sang-tae masih ingat mengenai peristiwa hitam itu. Malah adegan lelaki muda itu yang menangis teresak-esak memohon maaf dan mengatakan bahawa perkara itu tidak benar membuatkan segala kebahagiaan yang dirasai pada awal episod musnah begitu sahaja.

Kalau anda nak tahu, babak dramatik di antara watak lakonan Kim Soo-hyun dan Oh Jung-se itu terus tular di serata laman komuniti selepas ia tamat tayangan. Bahkan semua orang terpegun melihat kehebatan kedua pelakon hebat itu.

Tolong muat naik di sebalik tabir babak ini. Lakonan mereka memang gila.

 

Kim Soo-hyun ada mengatakan bahawa ini adalah drama penyembuhan manusia tetapi proses untuk sampai ke situ adalah sangat menyesakkan. Sedihnya… Lakonan Kim Soo-hyun memang terbaik.

 

Wow macam mana Kim Soo-hyun boleh luahkan lakonan seperti itu? Ini bukan lagi lakonan.. Saya terlalu menjiwai babak ini sampaikan saya sendiri berasa lelah melihatnya.

 

Saya akan menjerit kalau Kim Soo-hyun tak menang apa-apa anugerah untuk watak ini.

 

Saya berasa seperti mahu masuk ke dalam televisyen dan memeluk Gang-tae apabila dia asyik menangis dan merayu bahawa perkara itu tidak benar. Lakonan Kim Soo-hyun memang hebat – Anugerah Pelakon Terbaik.

 

Kim Soo-hyun memang hebat segalanya.. pandai berlakon drama bersejarah dan fantasi bahkan drama realiti seperti ini pun hebat.

Rasa macam-macam perasaan bila tengok babak ini. Bilalah bahagia akan menyinari dalam hidup Gang-tae?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...