Ikuti Kami:

Konflik, Drama, Cinta & Air Mata, 6 C-Drama Best Wajib Layan Tahun Ini

Konflik, Drama, Cinta & Air Mata, 6 C-Drama Best Wajib Layan Tahun Ini

Hari-hari kerja, study mesti korang penat kan? Now it’s time untuk korang relaks dan chill-chill sikit. Korang boleh try tengok 6 series C-Drama ni. Penuh dengan kisah suka duka, cinta, drama dengan jalan cerita menarik. Jangan cakap sis tak ajak tengok. Jom check this out!

In The Storm

In The Storm

Seorang inspektor senior jabatan jenayah berat dan pengarah jabatan anti rasuah ditemukan ketika mengejar penjenayah. Selepas diperangkap dan diburu penjahat, mereka bergabung untuk membongkar rasuah skala besar di Hong Kong. 

Paling best, series ini berinspirasikan 9 kes kisah benar. Pergh, mesti syok je layan dengan aksi mendebarkan. Tak senang duduk weh!

Jumlah episod: 30

Pelakon: Raymond Lam, Chrissie Chau, Raymond Wong Ho-yin

Royal Feast

Royal Feast

Berlatarkan Dinasti Ming, series ini mengisahkan dayang istana yang bertugas menyediakan makanan kerabat, Yao Zijin. Dia kemudian jatuh cinta dengan putera kacak Zhu Zhanji.

Yao Zijin bertemu pengemis dan tukang masak genius yang membuatkannya semakin minat memasak. Dia pun menunjukkan kebolehan dengan bermacam resepi menarik perhatian. Dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Tapi macam mana kisah cinta dengan putera Zhu Zhanji? Nak tahu ending dia, kenalah tonton sendiri guys!

Jumlah episod: 40

Pelakon: Xu Kai, Wu Jinyan, Wang Churan, Wang Yizhe

Pride & Price

Pride & Price

Kalau korang sukakan kisah yang memberi motivasi, series ni memang untuk korang terutamanya wanita. Pride & Price ni menceritakan kisah wanita di tempat kerja yang melalui bermacam-macam halangan dan cabaran. Ada ujian dari pesaing, kawan-kawan dan banyak lagilah yang korang mesti boleh relate dan jadikan pengajaran.

Jumlah episod: 29

Pelakon: Sing Jia, Anita Yuen, Chen He

Flying Tiger 3

Flying Tiger 3

Organisasi pengganas Argunbia memasuki Hong Kong dan melancarkan pertempuran senjata kimia di sana, Fan Siu-fung bertanggungjawab melawan pengganas tersebut. Unit Gerak Khas mereka diuji dengan pembunuhan kejam Wakanbo, ketua unit kemudian mengumpul polis elit, S Team untuk menangkis kemaraan pengganas. Siapa suka cerita aksi, bergaduh, lawan-lawan memang kena tengok ni, confirm join berdebar sekali!

Jumlah episod: 30

Pelakon: Michael Miu, Bosco Wong, Ron Ng, Cheung Siu-fai

Mirror: A Tale of Twin Cities

A Tale Of Twin Cities

Su Mo dan bakal puteri mahkota, Bai Ying bertemu di Mirror Tower. Su Mo cuba menghilangkan kebosanan Bai Ying yang akan berkahwin dengan Putera Zhen Lian. 3 tahun ditemani Su Mo menyebabkan Bai Ying terjatuh cinta.

Bai Ying kemudian terjun dari Mirror Tower yang tinggi atas beberapa sebab. Kenapa agaknya Bai Ying bertindak macam tu? Adakah sebab cintanya ditolak? Ke sebenarnya ada sebab lain? Kena tunggu dan tonton sendiri guys!

Jumlah episod: 43

Pelakon: Li Yi Feng, Chen Yu Qi, Zheng Ye Cheng

Modern Dynasty

Modern Dynasty

Ingat kalau hidup dalam keluarga kaya semuanya senang dan indah-indah je? Memang silap besar! Modern Dynasty merungkai kisah-kisah keluarga kaya-raya yang terpaksa melalui masalah tersendiri dari adik-beradik berebut harta, isteri bergaduh dengan perempuan simpanan suami dan dendam ibu bapa dan anak. Tak sangka kan?

Julian Cheung mulanya orang biasa yang baik hati kemudian berubah menjadi wanita kuat dan manipulatif. Tiada apa yang boleh menghalangnya mendapatkan apa yang dimahukan, macam tu jugalah dengan ahli keluarganya yang lain. Ish, nak jadi kaya pun tak semudah disangka tau.

Jumlah episod: 30

Pelakon: Julian Cheung, Tavia Yeung, Rain Lee, Him Law

Layan C-Drama terbaik di Astro

Astro C-Drama

Semua series ini dan banyak lagi C-Drama untuk korang layan kini boleh diikuti di Astro On Demand Drama Kitchen. Series yang lebih hangat dan sensasi untuk hiburan dan tontonan korang sekeluarga.

Ikuti Astro di Facebook, Instagram dan website rasmi Astro untuk tidak terlepas info terkini drama terbaru. Strim melalui Ultra Box dan app Astro Go sekarang.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...