Ikuti Kami:

“Kita Selamat..” – Meski ‘The Idol’ Rating Rendah Di ‘Rotten Tomatoes’, Babak Jennie BP Tular

“Kita Selamat..” – Meski ‘The Idol’ Rating Rendah Di ‘Rotten Tomatoes’, Babak Jennie BP Tular

Bakal berlakon buat julung kali, semestinya ramai yang ternanti-nanti bakat yang bakal ditonjolkan oleh Jennie BLACKPINK dalam siri HBO “The Idol”.

Selepas pelbagai khabar angin yang kurang enak berterbangan mengenai wataknya dalam siri itu, peminat berasa lega apabila mendengar mengenai kemas kini terbaru penonton yang sudah menyaksikan beberapa episod awalnya.

Bagi yang mengetahui, Jennie sudah beberapa hari berada di Perancis bagi mempromosikan “The Idol” di Festival Filem Cannes.

Terbaru, klip pendek ahli BLACKPINK dalam episod awal siri itu telah tular di serata Twitter di mana dia berlatih menari bersama penari latar. Bukan sahaja seksi, Jennie turut menonjolkan bakatnya sebagai idola yang lincah bergerak.

Meskipun risau sekiranya watak yang dibawa berkait dengan tema seksual siri itu, peminat berasa lega apabila ada yang menjelaskan bahawa Jennie membawa watak sampingan sebagai rakan baik watak utama lakonan Lily Rose Depp, bernama Dyanne yang menikam belakang sahabatnya itu kerana mahu mengejar populariti.

Kata seorang penonton yang sudah melihat episod awal “The Idol” di Cannes,

Dia tiada sangat babak dalam dua episod awal ini. Dia seorang penari bernama Dyanne.

Jelas individu itu lagi,

Wataknya menarik dan dia pandai berlakon.

Bukan itu sahaja, dia turut menenangkan peminat dengan mengatakan bahawa Jennie tidak terlibat dengan babak lucah.

Pun begitu, ramai juga meluahkan perasaan berbelah bagi apabila laman rating naskhah iaitu ‘Rotten Tomatoes’ hanya memberikan skor sebanyak 10% untuk tayangan awal ini.

Tak sabar nak tengok!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...