Utama Rancangan Hiburan “Kita Jumpa Lagi Nanti” – Yoo Jaesuk Kongsi Pelan Bersara?

“Kita Jumpa Lagi Nanti” – Yoo Jaesuk Kongsi Pelan Bersara?

yoo jaesuk ji sukjin kim yongman

Seiring sejalan bersama sejak memulakan karier seni, Yoo Jae-suk dan rakan lain seperti Ji Suk-jin, Kim Yong-man dan Kim Soo-young terus memaparkan hubungan akrab antara mereka.

Terbaru, mereka semua muncul di dalam “Hangout With You” dan berbual secara mendalam mengenai kehidupan mereka bersama selama 30 tahun ini. 155050261810

Kisah bermula apabila Kim Yong-man menceritakan bagaimana Yoo Jae-suk sememangnya seorang yang kelakar sejak dahulu lagi namun mempunyai perasaan gementar apabila berada di atas pentas. Malah pengacara paling popular di Korea itu hampir sahaja bersara namun berjaya dihentikan oleh mereka.

yoo jaesuk ji sukjin kim yongman

Ji Suk-jin kemudiannya membayangkan masa hadapan mereka nanti dan berkata,

Mari bersara dan berjumpa lagi nanti.

Janji Yoo Jae-suk,

Saya akan membuka kafe apabila bersara nanti.

yoo jaesuk ji sukjin kim yongman

Kim Yong-man berseloroh,

Beri francais pertama kafe tersebut kepada saya.

Seronok lihat hubungan persahabatan mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...