Utama Rancangan Hiburan “Kita Boleh Rapat Mulai Harini”- Hoshi SEVENTEEN Akui Sukar Untuk Dekati Suga...

“Kita Boleh Rapat Mulai Harini”- Hoshi SEVENTEEN Akui Sukar Untuk Dekati Suga BTS

Hoshi Suga Suchwita

Pasti ramai peminat BTS dan SEVENTEEN teruja bila tengok Hoshi muncul dalam rancangan “Suchwita” kan?

Terbaru, Hoshi SEVENTEEN telah tampil dalam rancangan Suga BTS “Suchwita” sebagai tetamu, di saluran YouTube.

Walaupun Hoshi kelihatan malu bila bersama Suga tetapi persahabatan mereka berdua nampak begitu akrab di rancangan itu.

Malah, rapper itu cuba untuk menenangkan Hoshi dengan berkata,

Awak boleh bercakap dengan selesa. Awak tak perlu terlalu ‘formal’ dengan saya.

Selepas itu, Suga juga turut berkongsi kepada Hoshi bahawa dia berasa takut untuk menemu ramah Taeyang BIGBANG pada episod lepas. Hoshi bersetuju dengan kenyataan itu dengan memberitahu bahawa betapa sukarnya untuk mendekati artis senior.

Suchwita suga hoshi

Terkejut dengan luahan yang dinyatakan oleh Hoshi, Suga menjelaskan,

Kami (BTS) tidak begitu sukar untuk didekati, kan?

Respon Hoshi dengan jujur,

Awak sukar untuk didekati.

Akhirnya, rapper itu berkata,

Saya rasa kita dah boleh rapat mulai harini!

Comel je Suga dengan Hoshi bersembang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERYouTube
Loading...