Ikuti Kami:

Kisah Virtual Realiti, Shin Hakyun Dilamar Bintangi Drama ‘Beyond The Memory’

Kisah Virtual Realiti, Shin Hakyun Dilamar Bintangi Drama ‘Beyond The Memory’

Selepas mencipta nama dalam “Beyond Devil” baru-baru ini, nampaknya Shin Ha-kyun mungkin akan kembali dengan drama baru tak lama lagi.

Khabarnya lelaki itu akan menerajui drama bertajuk “Beyond The Memory”. Sumber daripada agensinya pula mengesahkan bahawa dia ada menerima tawaran drama tersebut dan kini sedang menelitinya.

Drama ini berdasarkan naskhah asal yang berkaitan dengan masa hadapan dan realiti virtual (VR). Ia adalah ‘drama berbentuk separuh’, bermaksud ianya bakal ditayangkan tidak sampai sejam pun.

shin hakyun

Akan diarahkan oleh pengarah Lee Joon-ik, kerjasama antara kedua mereka dinantikan ramai memandangkan keduanya baru-baru ini menerima anugerah hebat di Anugerah Baeksang.

Shin Ha-kyun berlakon best kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...