Ikuti Kami:

Kisah Unik Kemunculan Jang Dongyoon, Jadi Pelakon Dek Tangkap Pencuri & Wajah Kacak Masuk Berita

Kisah Unik Kemunculan Jang Dongyoon, Jadi Pelakon Dek Tangkap Pencuri & Wajah Kacak Masuk Berita

Sebab utama selebriti Korea dapat muncul sekarang adalah sangat menarik tahu sebenarnya. Ada yang pergi uji bakat, ada yang ditawarkan ketika di jalanan dan macam-macam lagilah.

Tapi kisah Jang Dong-yoon menjadi pelakon menjadi antara satu cerita yang mengagumkan peminat dan juga netizen yang lain. Lain macam betul ‘kabel’ yang digunakan!

Kalau anda nak tahu, pelakon ini merupakan pelajar universiti Hanyang dalam pengkhususan Ekonomi dan Kewangan pada tahun 2015 dan sedang bersiap sedia untuk menjadi pelajar praktikal di sebuah syarikat besar.

Pun begitu, lelaki ini telah pergi ke sebuah serbaneka di Seoul dan disapa dengan satu adegan yang tidak disangka. Bayangkan masuk sahaja ke kedai itu, dia dapat melihat seorang pencuri sedang mengugut pekerjanya lantas Jang Dong-yoon dengan pantas meminta alamat tempat tersebut dengan suara yang kuat dan terus menghubungi polis.

kisah debut jang dongyoon

Lagi best, lelaki ini telah mendapat pujian dan penghargaan daripada pihak polis dek tindakannya yang berani. Disebabkan insiden tersebut, Jang Dong-yoon kemudiannya telah ditemu ramah oleh berita jam 8 malam SBS.

Rata-rata netizen Korea meluahkan rasa terkejut melihat ketampanan lelaki itu menerusi siaran berita tersebut malah ada agensi pelakon yang menghubunginya kemudiannya. Disebabkan itulah Jang Dong-yoon mula bergelar pelakon pada tahun berikutnya, 2016.

kisah debut jang dongyoon

Walaupun tiada sebaran latar belakang dalam bidang lakonan, Jang Dong-yoon berjaya memgang banyak watak dek bakat semula jadinya. Antara drama popular lakonannya ialah “School 2017”, “Mr. Sunshine”, “The Tale Of Nokdu” dan kini “Search”

Unik kan kisah hidup Jang Dong-yoon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...