Ikuti Kami:

Kisah Tiga Adik-Beradik Mahu Kebebasan, ‘Will This Be My Liberation’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Kisah Tiga Adik-Beradik Mahu Kebebasan, ‘Will This Be My Liberation’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Akhirnya barisan pelakon untuk drama terbaru JTBC, “Will This Be My Liberation” sudah pun diumumkan!

Drama ini membawa kisah tiga adik-beradik yang mahu keluar daripada kehidupan statik mereka dan seorang orang luar asing yang berpindah masuk ke kejiranan mereka.

Selepas lama berteka-teki, JTBC mendedahkan bahawa drama ini akan dikemudi oleh ramai pelakon berbakat iaitu Lee Min-ki, Kim Ji-won, Son Seok-gu dan Lee El.

Kim Ji-won akan membawa watak Yum Min-jung, anak bongsu di dalam keluarganya. Seorang pemalu dan penakut, dia lebih selesa menjadi hidup seharian secara sendiri. Tidak betah lagi, Yum Min-jung kemudiannya cuba melakukan perubahan bagi ‘membebaskan’ dirinya daripada kehidupan yang tiada warna dan menyesakkan.

Lee Min-ki pula ditugaskan melakonkan watak Yum Chang-hee, abang kepada Yum Min-jung dan anak kedua di dalam keluarga tersebut. Meskipun pada asalnya bercadang mahu pindah ke bandar untuk merasai kehidupan yang lebih mengujakan, tapi ianya tidak berlaku seperti yang dirancang. Tiada hala tuju, tiada impian dan juga cita-cita, Yum Chang-hee nampak seperti tidak matang tetapi apa yang diutarakannya sentiasa boleh diterima akal.

jtbc will this be my liberation

Watak anak sulung kepada adik-beradik ini bakal dijayakan oleh Lee El. Yum Ki-jung digambarkan sebagai seorang yang tegas dan hanya menjaga tata tertib apabila sampai ke hari gajinya. Wanita ini turut merasakan bahawa dia membuang kehidupan mudanya dengan berulang-alik dari rumah ke Seoul untuk kerja dan dia juga sedang terdesak dalam mencari cinta.

Terakhir sekali, Son Seok-gu bakal menghidupkan awatak Mr. Gu, seorang orang luar yang mempersonakan dan misteri dan berpindah masuk ke kejirana adik-beradik itu tanpa berita. Tiada siapa yang mengenalinya dan kedatangannya itu menimbulkan rasa sangsi penduduk di ditu memandangkan kejiranan itu dianggap membosankan sehingga ‘orang berkemungkinan keluar, tapi tiada siapa yang berpindah masuk’ ke situ. Sudah melalui banyak masalah sepanjang kehidupannya dan mabuk hampir setiap hari, semuanya berubah apabila Yum Min-jung mendekatinya.

Untuk pengetahuan anda, Lee Min-ki dan Kim Ji-won pernah bekerjasama dalam filem  “Detective K: Secret of the Living Dead” manakala Lee El dan Son Seok-gu pernah berlakon sebagai pasangan berkahwin dalam drama “Matrimonia Chaos” sebelum ini.

Teruja tak dengan pelakon dan plot drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...