Ikuti Kami:

Kisah Staf Sorok Identiti & Janji Temu Dengan CEO, Ini Barisan Pelakon Utama ‘A Business Proposal’

Kisah Staf Sorok Identiti & Janji Temu Dengan CEO, Ini Barisan Pelakon Utama ‘A Business Proposal’

Akhirnya barisan pelakon utama drama “A Business Proposal” telah pun didedahkan!

Drama yang diadaptasi daripada novel web ini merupakan kisah komedi romantik mengenai kakitangan pejabat yang menyertai janji temu buta dengan CEO syarikatnya bagi menggantikan rakannya dan dalam masa yang sama, terpaksa menyorokkan identiti sebenar.

Ahn Hyo-seop akan membawa watak chaebol generasi ketiga, Kang Tae-mu yang memiliki rupa menawan, otak yang cerdik dan kemahiran mengagumkan sebagai ahli perniagaan. Dia merupakan seorang yang gilakan kerja lebih daripada dirinya sendiri dan bencikan penipuan lebih daripada segalanya. Walaupun merupakan seorang yang kelihatan sempurna, namun dia terbeban dengan cinta dek trauma lama.

Kim Se-jeong pula melakonkan watak Shin Ha-ri yang sangat bertenaga dan optimistik, meskipun kewujudannya sering tenggelam dek kecantikan ibu dan abangnya di rumah serta rakan daripada keluarga kayanya di sekolah. Hanya mahu menjadi pekerja biasa, dia menggantikan tempat rakan karibnya dalam satu temu janji buta. Namun mengejutkan apabila lelaki yang ditemuinya merupakan CEO di syarikatnya. Untuk watak ini, Kim Se-jeong akan menampilkan dua watak berbeza Shin Ha-ri di mana seorang ialah ‘seksi’ namun palsu dan Shin Ha-ri yang sebenar iaitu bersemangat.

woohee dal shabet

Woo-hee (Dal Shabet)

Seol In-ah pula disahkan akan menjayakan watak Jin Young-seo, rakan karib Shin Ha-ri dan merupakan satu-satunya pewaris kepada pemilik Kumpulan Marine. Dia merupakan seorang wanita yang dikagumi oleh wanita lain dan dalam diam, sedang menantikan cinta sejati datang mengetuk pintu hatinya. Watak Cha Sung-joon akan dilakonkan oleh Kim Min-kyu, di mana dia merupakan seorang ketua setiausaha yang tampan dan tegas. Dalam drama ini, Jin Young-seo, Cha Sung-hoon dan Jo You-jung (sepupu Jin Young-seo) akan terlibat dalam cinta tiga segi.

Manakala Woo-hee (Dal Shabet) juga akan membintangi drama ini sebagai seorang penghias makanan bernama Go Yoo-ra.

“A Business Proposal” akan memulakan penggambaran pada tahun ini dan bakal menemui penonton pada awal 2022 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...