Ikuti Kami:

Kisah Skandal Di Sekolah Swasta, Im Soojung & Lee Dohyun Dilamar Terajui Drama ‘Melancholia’

Kisah Skandal Di Sekolah Swasta, Im Soojung & Lee Dohyun Dilamar Terajui Drama ‘Melancholia’

Selepas Im Soo-jung dikatakan akan menerajui drama “Melancholia”, nama calon hero naskhah itu kini telah didedahkan kepada umum.

Drama ini digambarkan sebagai cerita mengenai skandal teruk yang melanda sebuah sekolah menengah swasta di Gangnam. Skandal ini melibatkan hubungan intim di antara pelajar dan guru termasuklah korupsi yang berlaku kemudiannya.

Dikhabarkan Im Soo-jung akan melakonkan watak Ji Yoon-soo iaitu seorang guru matematik. Tampil baik di luar dengan senyuman yang menyegarkan dan awet muda, tapi dia merupakan seorang yang sangat kuat dan degil apabila hatinya tekad mengenai sesuatu. Wanita itu terpalit dengan skandal apabila dia bertemu semula dengan bekas pelajarnya, yang dahulunya masih di bawah umur namun kini sudah dewasa.

drama melancholia

Manakala Lee Do-hyun pula ditawarkan watak Baek Seung-yu di mana dia merupakan seorang yang selekeh, lamabr memebri respons dan tiada cahaya di matanya. Seorang lelaki yang bercakap sedikit sehingga ramai menyangka dia mempunyai masalah percakapan. Dia merupakan seorang yang suka menyendiri dan sukakan topi besbol dengan nombor dicacah padanya dan lebih berminat menangkap gambar menggunakan DSLR berbanding kamere telefon bimbitnya. Dia juga sebenarnya si bijak pandai matematik yang pernah mengejutkan dunia apabila nerjaya menyelesaikan soalan matematik di sebuah kuiz program yang tidak mampu diselesaikan oleh pelajar Univesiti KAIST dan Pohang ketika berusia 5 tahun.

Meskipun agensi Im Soo-jung mengesahkan bahawa pelakon itu kini sedang dalam perbincangan namun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak agensi Lee Do-hyun lagi.

Sama-sama kita nantikan pengesahan watak dalam drama “Melancholia” ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...