Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin dalam sebuah drama baru.
Terbaru, Ra-miran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin telah disahkan akan terajui drama JTBC akan datang berjudul “Bad Mom”.
Untuk pengetahuan, “Bad Mom” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, yang akan membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.
Dalam drama ini, Ra Mi-ran akan menghidupakan watak sebagai Young-soon, yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi seorang ibu yang ‘teruk’ untuk anaknya. Manakala Lee Do-hyun akan membawa watak Kang Ho, yang menjadi seorang pendakwa raya bagi memenuhi hasrat ibunya namun, hilang ingatan dan bertukar menjadi kanak-kanak selepas terlibat dalam kemalangan yang tak dijangka.
View this post on Instagram
Seterusnya Ahn Eun-jin akan berperan sebagai Mi-joo, iaitu kawan lama kepada Kang Ho, yang bertemu semula dengannya di kampung halaman dan menghadapi perubahan dalam hidup.
Nantikan “Bad Mom” yang dijadualkan untuk tayang pada separuh pertama 2023 ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉