Ikuti Kami:

Kisah Sebenar Di Unit Tentera, Son Sukku, Kim Sungcheol & Ramai Lagi Sah Terajui ‘Comment Army’

Kisah Sebenar Di Unit Tentera, Son Sukku, Kim Sungcheol & Ramai Lagi Sah Terajui ‘Comment Army’

Nampaknya, filem “Comment Army” telah pun mengesahkan barisan pelakonnya.

Terbaru, “Comment Army” telah mengumumkan pelakon seperti Son Suk-ku, Kim Sung-cheol, Kim Dong-hwi dan Hong Kyung akan terajui filem berkenaan.

Untuk pengetahuan, filem berdasarkan novel ini mengisahkan tentang kebenaran mengejutkan di sebalik unit tentera, yang ditemui oleh wartawan yang membuat liputan manipulasi mengenai pendapat umum.

Dalam filem ini, Son Suk-ku akan membawa watak sebagai Lim Sang-jin, seorang wartawan akhbar yang ingin mendapatkan semula jawatan selepas digantung, kerana artikel yang ditulisnya mengandungi tuduhan kezaliman sebuah syarikat besar. Kemudian, Kim Sung-cheol, Kim Dong-hwi dan Hong Kyung akan membintangi sebagai ahli pasukan aleph yang melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang kotor.

filem comment unit

Ketika sesi pembacaan skrip yang dilakukan, Son Suk-ku berkata,

Saya sangat gembira dapat bekerja dengan orang yang saya mahu bekerjasama. Saya mahu mencipta karya yang baik dengan segala kekuatan saya.

Jelas Kim Sung-cheol pula,

Saya fikir ia menyeronokkan dan menarik sejak saya membaca skrip filem itu.

Dalam pada itu, filem “Comment Army” telah pun memulakan penggambaran pada 6 Mac dan bakal menemui penonton pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...