Habis sahaja tayangan drama “Crash Landing On You”, ramai yang dah meluahkan rasa rindu nak tengok Son Ye-jin berlakon drama lagi kan?
Khabar baik buat peminat pelakon cantik ini kerana dia dikatakan telah meenrima tawaran untuk membintangi sebuah drama baru JTBC bertajuk “39”.
Drama 12 episod ini membawa kisah cinta dan kehidupan seharian tiga sekawan sebelum mereka melangkah ke garisan usia 40-an.
Son Ye-jin dilamar untuk membawa watak Cha Mi-jo, seorang pemilik klinik dermatologi di Gangnam dan membesar dalam persekitaran yang baik.
Kalau anda nak tahu, Jeon Mi-do yang popular menerusi drama “Hospital Playlist” turut ditawarkan untuk membintangi drama ini. Dia dikhabarkan bakal melakonkan watak Jung Chan-young iaitu seorang guru lakonan.
Kedua-dua agensi pelakon ini mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran “39” dan sedang menelitinya kini.
Sama-sama kita nantikan sama ada Jeon Mi-do dan Son Ye-jin akan membintangi drama ini nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.