Ikuti Kami:

Kisah Romantik Antara Idola K-Pop, Episod Awal ‘Imitation’ Catat Rating Bawah 1% Sahaja

Kisah Romantik Antara Idola K-Pop, Episod Awal ‘Imitation’ Catat Rating Bawah 1% Sahaja

Peminat K-Pop pastinya teruja apabila KBS mengumumkan drama baru yang mengangkat tema tersebut iaitu “Imitation”. Sepatutnya ditayangkan lebih lambat namun naskhah ini menemui penonton lebih awal apabila “Dear.M” ditunda akibat kontroversi buli yang melibatkan pelakon Park Hye-su.

“Imitation” yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, menceritakan kisah kehidupan idola di dalam industri seni. Ianya turut berkisarkan daripada hubungan romantik rahsia di antara gadis daripada kumpulan idola baru dan lelaki daripada kumpulan idola popular.

kbs imitation

Antara idola yang memenuhi barisan pelakon drama ini ialah Jun (U-KISS), Ji-yeon (T-ARA), Chani (SF9), Hwi-young (SF9), Jong-ho (ATEEZ), Seong-hwa (ATEEZ), San (ATEEZ) Su-woong (Boys’ Republic).

Memulakan tayangan pada 7 Mei lalu, drama inspirasi kehidupan idola itu nampaknya bermula perlahan apabila hanya mampu merekodkan rating sebanyak 1% dan 0.9% sahaja.

kbs imitation

Walaubagaimanapun, sepertinya terdapat elemen misteri yang menyelubungi episod awal drama ini. Dan khabarnya ia agak berlainan daripada apa yang disajikan di dalam webtoon.

Jadi kalau anda berasa ingin tahu, jangan lupa tonton “Imitation” ya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...