Ikuti Kami:

Kisah Profesor & Pelajar Fakulti Perundangan, SBS Kongsi Pelakon Utama ‘Why Oh Soojae?’

Kisah Profesor & Pelajar Fakulti Perundangan, SBS Kongsi Pelakon Utama ‘Why Oh Soojae?’

“Why Oh Soo-jae?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan hidup berjaya dalam keadaan yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya. Ia merupakan satu kisah cinta yang digambarkan sebagai menyakitkan namun menyeronokkan dan dalam masa yang sama dingin dan menyejukkan hati.

Seo Hyun-jin membawa watak Oh Soo-jae yang berlari kuat bagi mencapai kejayaan yang ‘sempurna’ namun kehidupannya berubah malang apabila dia membuat kesilapan yang salah kerana percaya ia mampu membawanya kepada kejayaan. Walaubagaimanapun, daripada menyesal dengan kesalahan itu, dia semakin tabah dengan kejahatan dan berazam untuk mencapai pencapaian yang lebih tinggi.

Hwang In-yeop pula akan membawa watak Gong Chan, pelajar undang-undang yang menghulurkan bantuan apabila Oh Soo-jae jatuh. Dia merupakan anak muda yang baik dan senang memahami serta bersimpati dengan semua. Walaupun hidupnya nampak lancar, dia juga mempunyai masa lampau yang menyakitkan sehingga membuatkan nasibnya berbelit. Lelaki itu kemudiannya melalui perubahan apabila berjumpa dengan oh Soo-jae, yang ditolak daripada posisi profesor bersekutu di fakulti undang-undang berkenaan. Dengan kehadiran Gong Chan, Oh Soo-jae yang sentiasa bertegas dengan dirinya mula mengenali cinta.

sbs why oh soojae?

Heo Joon-ho akan menjayakan watak pengerusi firma guaman TK iaitu Choi Tae-guk yang mengikut kehendaknya. Dia merupakan figura yang secara terang melangkau batasan baik dan buruk tanpa teragak-agak bagi merealisasikan kemahuannya. Lelaki ini juga memerhatikan Oh Soo-jae yang kelihatan setia dengannya dan menyimpan profesor itu di sebelahnya namun wanita itu seeprtinya menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Penonton boleh menjangkakan perkembangan hubungan romantik di antara Hwang In-yeop dan Seo Hyun-jin selain merasakan ketegangan sinergi di antara Seo Hyun-jin dan Heo Joon-ho.

“Why Oh Soo-jae?” akan menemui penonton pada awal 2022 di SBS.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...