Ikuti Kami:

Kisah Pertempuran Hidup & Mati, Netflix Sah Tayang Filem Thriller Misteri ‘The 8th Night’ 2 Julai Ini

Kisah Pertempuran Hidup & Mati, Netflix Sah Tayang Filem Thriller Misteri ‘The 8th Night’ 2 Julai Ini

Netflix kembali lagi dengan k-filem baru yang pastinya akan mencipta fenomena apabila ia mula ditayangkan pada 2 Julai nanti.

“The 8th Night” ialah sebuah filem thriller misteri mengenai satu pertempuran hidup dan mati bagi mengelakkan penutup “Suatu Yang Tidak Boleh Dibangkitkan” daripada terbuka selama 8 hari. Apabila dibangunkan, ia akan melangkaui batas untuk menimbulkan kekecohan di dalam dunia.

Bukan beshe-beshe okay filem ini kerana ianya dibarisi oleh pelakon hebat Korea. Antaranya ialah Lee Sung-min yang melakonkan watak Park Jin-su, seorang ‘Pelindung’ secara takdir dan perlu melindungi penutup itu daripada terbuka.

netflix the 8th night

Park Hae-joon pula menggalas tanggungjawab membawa watak Kim Ho-tae, seorang detektif yang sedang menyiasat tujuh mangsa pembunuhan kejam. Kim You-jung bakal menunjukkan bakat lakonannya sebagai seorang gadis yang menyimpan satu rahsia dan terlibat secara misteri dengan penutup berkenaan.

Nam Da-reum juga bakal menemui penonton sebagai si muda yang aktif dan naif, Chongseok, seorang yang menyampaikan kepada ‘Pelindung’ mengenai kebangkitan roh jahat.

Pastinya anda dah tak sabar nak saksikan filem “The 8th Night” kan? Filem epik ini akan menemui penonton di 190 negara pada 2 Julai ini, eksklusif di Netflix. Jangan lupa okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...