Ikuti Kami:

Kisah Penulis Skrip Suka Plot Twist ‘Over’, Gong Hyojin Dilamar Terajui Netflix ‘Woman Of Danger’

Kisah Penulis Skrip Suka Plot Twist ‘Over’, Gong Hyojin Dilamar Terajui Netflix ‘Woman Of Danger’

Selepas “When The Camellia Blooms”, Gong Hyo-jin dikhabarkan akan kembali dalam sebuah drama baru garapan Netflix tak lama lagi.

Katanya, pelakon hebat itu akan membawa watak Kim Ma-ri dalam “Woman Of Danger” di mana dia merupakan seorang penulis skrip drama terkenal dan dikenali kerana sering menulis plot twist yang ‘over’ dan melebih-lebih.

Drama ini dikatakan akan menggabungkan pelbagai watak menarik yang hidup dalam rencah hidup klise. Walaubagaimanapun, menolak untuk memilih jalan yang klise, mereka memilih untuk menguruskan sendiri nasib mereka dengan pelbagai pilihan dan akibat yang tidak disangka.

gong hyojin

Menurut agensi Gong Hyo-jin, pelakon itu ada menerima tawaran drama tersebut dan kini sedang menelitinya dengan positif.

Plot macam lain daripada yang lain sahaja?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...