Korang tahu tak ada filem baru yang sedang ditayangkan di Netflix kini?

Pada 20 Januari, “Jung_E” iaitu sebuah filem fiksyen sains telah mula disiarkan menerusi Netflix.
Untuk pengetahuan, filem tersebut mengisahkan tentang orang yang cuba bertempur untuk membangunkan kecerdasan buatan (AI), dengan mengklonkan otak tentera upahan legenda Jung Yi (Jung E). Mereka melakukan ini dengan harapan dapat menamatkan perang di tempat perlindungan, iaitu tempat di mana mereka berhijrah selepas meninggalkan bumi yang telah musnah akibat perubahan iklim.
Menakjubkan, kerana hanya sehari selepas tayangan, naskhah tersebut telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta filem Netflix di 32 negara seluruh dunia.
Info lain, “Jung_E” diterajui pelakon Kim Hyun-joo dengan watak sebagai Jung Yi, yang mengetuai pasukan bersekutu bagi mencapai kemenangan dalam banyak operasi semasa perang saudara.
Jangan lupa tonton filem “Jung_E” di Netflix sekarang!