Ikuti Kami:

Kisah Pengajar Matematik & Peniaga Lauk, Episod Awal ‘Crash Course In Romance’ Raih Rating Baik

Kisah Pengajar Matematik & Peniaga Lauk, Episod Awal ‘Crash Course In Romance’ Raih Rating Baik

Peminat drama romantik! Sudah kah korang menonton episod awal “Crash Course In Romance”?

Sinopsis

Siri ini membawa kisah pahit manis hubungan antara pemilik kedai lauk yang tanpa sengaja menyertai perang peperiksaan kemasukan kolej Korea dan seorang pengajar matematik popular.

Benci kepada suka

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula mengenai seorang pengajar matematik, Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) yang popular di seluruh Korea kerana kelasnya yang menjanjikan semua pelajar mendapat ‘A’ subjek itu untuk peperiksaan awam. Walaupun kelihatan kaya dan bahagia, namun tiada siapa tahu bahawa lelaki tersebut mempunyai masalah untuk menghadam makanan kerana tahap stres yang tinggi.

tvn crash course in romance

Walaubagaimanapun, semuanya terubat apabila dia mampu menjamah lauk yang dibawa dari ‘Kedai Lauk Terbaik Negara’. Meskipun cuba mendapatkan lagi lauk dari kedai berkenaan, semuanya menemui jalan hampa apabila Choi Chi-yeol sebenarnya memulakan perkenalan yang salah dengan pemiliknya iaitu Nam Haeng-seon (Jeon Do-yeon).

Dalam pada itu, Nam Haeng-seon yang merupakan seorang mementingkan keluarga sentiasa meletakkan keperluan adiknya yang kurang upaya, Nam Jae-woo (Oh Eui-sik) dan anak buahnya, Nam Jae-yi (Roh Yoon-seo).

Walaupun kedua-dua mereka bertemu dengan cara yang salah namun Choi Chi-yeol dan Nam Haeng-seon mendambakan sesuatu dari satu sama lain iaitu lelaki itu yang perlukan lauk dan wanita tersebut yang mahu anak buahnya memasuki kelas tutor pengajar matematik itu.

tvn crash course in romance

Rating memuaskan

Untuk tayangan awal, “Crash Course In Romance” berjaya membuktikan popularitinya apabila meraih rating tinggi iaitu 4% untuk episod pertama sebelum menaik ke 5.8% ketika siaran episod kedua.

Mungkin kerana plot yang ringan dan menghiburkan, penonton turut memuji lakonan hebat ditonjolkan oleh Jung Kyung-ho dan Jeon Do-yeon. Malah rata-rata penonton memuji pelakon lelaki itu kerana kelihatan benar-benar seperti pengajar matematik dengan gaya penyampaian kuliah yang meyakinkan.

Korang dah layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...