Ikuti Kami:

Kisah Penduduk Kampung Persisiran Pantai Bikin Tenang, Tonton ‘Hometown Cha Cha Cha’ Di Netflix

Kisah Penduduk Kampung Persisiran Pantai Bikin Tenang, Tonton ‘Hometown Cha Cha Cha’ Di Netflix

Bagi berkongsi keterujaan pelancaran drama “Hometown Cha Cha Cha“, kami berpeluang menyertai sidang media khas drama ini bersama pengarah Yu Je-won, dan berisan pelakon seperti Kim Seon-ho, Shin Min-ah dan Lee Sang-yi.

Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Banyak sebab anda kena layan drama ini tahu, jom!

Ratu komedi romantik

Kembali kepada lumrah asalnya iaitu drama bergenre komedi romantik, sudah pasti Shin Min-ah akan merasakan tekanan daripada penonton yang memandang.

Saya berasa terbeban dengan perkataan ‘permaisuri’. Saya tak akan gunakan perkataan tersebut kerana ianya sedikit membebankan. Saya mahu tonjolkan sisi saya sebanyak yang mungkin buat peminat, jadi saya cuba berlakon dalam genre lain juga. Namun saya juga mahu berlakon dalam komedi romantik yang membuatkan hati berbunga-bunga.

netflix hometown cha cha cha

Ihsan Netflix

Gabungan kedua Shin Min-ah dan pengarah Yu Je-won

Pernah bekerjasama dalam drama “Tomorrow, With You”, pengarah ini hanya mempunyai cerita yang baik mengenai pelakon wanita tersebut.

Dia merupakan seorang yang sangat menawan dan berbakat. Awak boleh kata yang dia dilahirkan untuk menjadi baik. Saya rasa dia mampu membawa persona itu. Saya juga merasakan bahawa lakonannya semakin matang dan dia semakin berfikiran mendalam sebagai seseorang dan juga sebagai pelakon. Pada masa yang sama, lakonan turut bergantung kepada rakan lakonan anda. Saya berasa bahawa mereka semua melengkapi antara satu sama lain dan semua berasa selesa.

Keserasian dinantikan

Belum lagi ditayangkan tetapi para penonton dah teruja nak melihat gandingan ‘pasangan lesung pipit’ ini. Disebabkan visual yang sepadan, ramai yang dah boleh mengagak keserasian di antara mereka berdua.

Kata Shin Min-ah,

Ianya sangat baik. Saya tahu ada jangkaan tinggi sejak sebelum kami memulakan penggambaran, namun saya tak merasakan sebarang tekanan. Saya sangat seronok berada di set bersama Kim Seon-ho. Dia merupakan seorang yang baik dan sangat selesa berada bersama dengannya. Saya dapat rasakan keserasian dan fleksibiliti akan dapat dilijat menerusi lakonan kami.

netflix hometown cha cha cha

Ihsan Netflix

Kim Seon-ho juga bersetuju dengan apa yang dikatakan Shin Min-ah, tambahnya,

Saya ada bercakap mengenai hal ini bersama Lee Sang-yi. Shin Min-ah mempunyai personaliti yang bagus dan sangat baik. Dia menerima kesemua gurauan dan aksi kelakar kami. Sangat selesa apabila berada bersamanya.

Lee Sang-yi dikagumi

Bakal membawa watak seorang PD program hiburan, pastinya watak Lee Sang-yi juga akan menarik perhatian ramai. Malah lelaki itu mempunyai banyak babak bersama Kim Seon-ho sekaligus akan ada banyak babak ‘bromance’ buat semua.

Puji Kim Seon-ho,

Saya ada cakapkan hal ini buat Lee Sang-yi, tapi saya sangat kagum dengannya di set. Saya berasa bahawa dia sangat berbakat dalam lakonan dan banyak yang pelajari daripadanya. Dia sangat pandai dan saya yakin pengarah juga merasakan perkara yang sama. Dia seorang pelakon dengan potensi yang besar dan ianya diakui oleh semua orang di set. Dia mempunyai banyak idea dan kami sangat seronok semasa di set penggambaran.

netflix hometown cha cha cha

Ihsan Netflix

Kisah kecil namun bermakna

Membawa kisah penduduk di perkampungan Gongjin yang terletak di persisiran pantai, pengarah Yu Je-won menjelaskan bahawa “Hometown Cha Cha Cha” bukanlah drama mengenai situasi hebat.

Ianya mengenai kisah kecil dalam kehidupan seharian kita dan perubahan emosi. Ia memaparkan kisah penyembuhan dan menyejukkan hati. Saya berharap agar mesej itu dapat difahami oleh penonton. Drama ini sangat menghiburkan dan pemandangannya juga sangat menawan.

netflix hometown cha cha cha

Ihsan Netflix

Kongsi Lee Sang-yi pula, drama ini pastinya akan membuatkan penonton relaks selepas melalui seminggu yang panjang.

Saya rasakan drama kami akan seronok ditonton dan ianya adalah seperti hadiah. Terdapat elemen seperti dokumentari dan juga sedikit dramatik. Saya pasti anda semua akan dapat tidur dengan lena selepas menonton drama kami yang menenangkan ini.

Dah dapat rasakan keseronokan drama ini kan? Jangan lupa untuk menonton episod pertama “Hometown Cha Cha Cha” di Netflix pada malam ini (28 Ogos), okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...