Utama Drama Korea Kisah Pencemaran Udara, ‘Black Knight’ Diterajui Kim Woobin Akan Tayang Tak Lama...

Kisah Pencemaran Udara, ‘Black Knight’ Diterajui Kim Woobin Akan Tayang Tak Lama Lagi

netflix black knight

Selepas “Our Blues”, pasti ramai yang teruja menantikan drama lakonan Kim Woo-bin yang seterusnya, kan?

Terbaru, Netflix telah mengumumkan drama “Black Knight” lakonan Kim Woo-bin, Esom dan Kang Yoo-seok, akan menemui penonton tak lama lagi.

Untuk pengetahuan, berdasarkan webtoon, “Black Knight” adalah kisah yang berlaku pada tahun 2017, di mana pencemaran telah menjadi sangat teruk sehingga orang tidak dapat bertahan tanpa alat pernafasan. Ia juga akan mengikuti penghantar legenda 5-8 yang mempunyai kemahiran pertempuran yang luar biasa dan bertemu pelarian Sa-wol, yang bercita-cita menjadi penghantar kerana mereka adalah satu-satunya harapan pelarian.

Dalam drama ini, Kim Woo-bin akan membawa watak sebagai penghantar legenda 5-8 yang tiada siapa boleh lawan.

Meskipun tarikh tayangan rasmi belum lagi diumumkan namun, penonton boleh menantikannya tak lama lagi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERXports News
Loading...