Ikuti Kami:

Kisah Pelajar Sekolah Dalam Kelab Penyiaran, Episod Perdana ‘Live On’ Hanya Raih Rating Rendah

Kisah Pelajar Sekolah Dalam Kelab Penyiaran, Episod Perdana ‘Live On’ Hanya Raih Rating Rendah

Selalu sangat tengok cerita orang dewasa, seronok juga kalau tonton drama pelajar sekolah kan? Kalau ada yang minat drama sedemikian, anda kena tonton drama yang baru memulakan tayangan di JTBC iaitu “Live On”.

Sinopsis ringkas

Baek Ho-rang (Jung Da-bin) ialah seorang pelajar sekolah menengah dan dikurniakan dengan wajah yang cantik, membuatkan dia popular di sekolah dan media sosial. Pun begitu, dia hanya mempunyai seorang rakan baik sahaja. Dalam melalui kehidupan yang gembira, dia akhirnya berhadapan dengan satu masalah apabila ada individu yang mahu membongkar rahsianya. Bagi mencari individu tersebut, Baek Ho-rang telah menyertai kelab penyiaran sekolahnya. Di situ, dia mula berkenalan dengan Go Eun-taek (Min-hyun NU’EST) iaitu ketua kelab tersebut yang sangat sempurna dan dihormati oleh ahli lain.

episod awal live on

Episod awal menarik

Penonton nyata teruja melihat hubungan kucing dan anjing di antara Ho-rang dan Eun-taek! Walaupun seperti tidak menyukai antara satu sama lain, tetapi nampaknya hubungan mereka akan berubah dalam episod akan datang.

Mungkin kerana baru ditayangkan, drama “Live On” hanya mampu meraih rating rendah iaitu sebanyak 1.302% sahaja. Pun begitu, jangan khuatir kerana ia mungkin akan meningkat pada episod akan datang nanti.

episod awal live on

Siapa yang sukakan drama cinta remaja seperti ini, jangan lupa untuk saksikan “Live One” pada setiap Isnin dan Selasa di JTBC.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...